Dunia Penuh Gosip - Pakaian Murah Dunia Penuh Gosip: Pakaian Murah - All Post
Memaparkan catatan dengan label Pakaian Murah. Papar semua catatan
Program rancangan TV terbaru keluaran Astro, Seiras Seirama telah mula siaran pada 20 Dec 2015 yang lepas di Astro Ria. Menampilkan ikon pertama yang menjadi idola semua orang iaitu Dato Jamal Abdillah. Pada malam tersebut seramai 4 orang peserta yang telah datang ujibakat telah di pilih bagi peringkat saringan itu. Ujibakat yang di adakan sebelum ini melalui online dan juga ujibakat di studio telah menarik ramai penyertaan.


Pada malam tersebut 4 peserta bertuah berentap dengan menyanyikan lagu pilihan mereka yang berkaitan dengan ikon mereka sendiri iaitu Dato Jamal Abdillah. Daripada 4 peserta 2 sahaja akan layak untuk peringkat kedua pada malam tu di mana ia adalah peringkat battle. Mereka akan menyanyikan satu lagu pilihan Ikon tersebut dan kedua2 akan menyanyikannya. Seorang juara mingguan akan di pilih dan di bawa keperingkat seterusnya.


Namun ada cerita yang kurang menyenangkan buat pengacara pada malam tersebut. Tersebar di apps whatapps yang menunjukan bahawa pakaian yang dikenakan oleh pengaraca pada malam itu adalah pakaian murah. Dalam whatapps tersebut membandingkan pakaian pengacara tersebut dengan alas meja rumah yang boleh di beli di kedai pekakasan. Namun tidak di nyatakan lebih detail tentang pembandingan tersebut.


Untuk pengetahuan semua pengacara pada malam itu adalah Datuk Aznil Hj Nawawi. Adakah perkara ini benar atau hanya tuduhan semata2 itu hanya Datuk yang boleh jawab. Bagaimana pemilihan pakaian dan sekiranya ia adalah tajaan pakaian pada malam rakaman program ini bagaimana ia dibuat. Sapa tak kenal Datuk Aznil Hj Nawawi pengacara popular yang telah menang anugerah itu sebanyak 9 kali dalam ABPBH.