Dunia Penuh Gosip - Pendakwah Nusantara Dunia Penuh Gosip: Pendakwah Nusantara - All Post
Memaparkan catatan dengan label Pendakwah Nusantara. Papar semua catatan
Siapa sangka dari seorang Mualaf kini mampu bergelar juara DA’I musim keenam. Tahniah kepada  Muhammad Adam Muhibullah Abdullah yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM60,000 berserta trofi dan tiket umrah untuk dua orang tajaan Almas Beauty & Health. Anak kelahiran Ranau, Sabah itu turut diangkat sebagai Da'i Pilihan Almas menerima wang tunai RM2,000 dan produk Almas bernilai RM2,000.


Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Imran Mohd Zaki dan Da'i Haziq Safwan Norazman masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan berkenaan. Imran membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, trofi dan tiket umrah untuk seorang, sementara Haziq pula memperoleh wang tunai RM10,000, tambahan wang sagu hati RM2,000 serta produk Almas bernilai RM2,000.

Haziq turut dinobatkan sebagai Da'i Pilihan penonton menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan juga sebuah trofi. Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam diacarakan Datuk Rosyam Nor dan Da'i Izzhar dengan diadili juri tetap Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud serta Profesor Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

Peringkat akhir pertandingan itu turut diserikan dengan kehadiran Oki Setiana Dewi sebagai Tetamu Nusantara. Juga turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Tomok, Aizat Amdan dan Azmi Caliph Busker. Tahniah kepada semua peserta Dai' tahun 2018.