Dunia Penuh Gosip - Radio Dunia Penuh Gosip: Radio - All Post
Memaparkan catatan dengan label Radio. Papar semua catatan
Pertama sekali minta maaf dulu sebelum saya buat apa-apa kenyataan dan pendapat kat sini. Tapi selaku pendengar setia radio No 1. Malaysia ni saya patut bagi pendapat agar ia tidak menjadi bahan gelak orang sahaja di kemudian hari. Saya suka siaran Radio ERA hari-hari saya akan dengar radio ini waktu pergi dan balik kerja.


Saya suka pada segment JOHARA Pagi Era yang memang tidak pernah mengecewakan pendengar dan memang patut mereka menerima banyak anugerah. Cuma bila masuk pada segment ERA Solo memang saya rasa solo sangat dan sunyi. Tak semeriah pagi mahu pun Petang Era yang di kendalikan oleh Fad Bocey dan Dina.

Daniel dilihat seperti menjadi mangsa keadaan disitu dan bagaikan satu experiment sahaja untuk beliau. Ada banyak hari kadang-kadang saya dengar Daniel merepek seorang yang memualkan dan juga membosankan. Pulak tu kesilapan teknikal selalu sangat berlaku pada segment tersebut dan berulang berkali-kali dalam satu masa.

Saya tahu mungkin ini sangat baru bagi Daniel tapi adakah beliau tidak dilatih dahulu untuk mengendalikan konti sebelum beliau diserapkan dalam Radio Era. Adakah kerana kemenangan beliau pada program Lawak Solo tahun lepas menjadikan beliau terus layak untuk ker konti tanpa sebarang kursus. 


Ia memang mencacatkan hari saya kalau dengar Radio Era bila waktu segment beliau. Maaf saya bukan nak rendahkan beliau tapi harap ada perubahan kepada Daniel dan juga pihak pengurusan radio mencari pengganding bagi menyemarakkan lagi segment itu. Saya sebagai peminat yang memang minat radio ini dari dulu lagi terpaksa tukar siaran radio lain apabila tiba segment ini sebab terlalu bosan. 

Ini hanya luahan hati saya sahaja sebagai seorang peminat yang mendengar radio ini setiap hari dan mengundi radio ini kalau tercalon dalam anugerah. Harap ia tidak mengkecilkan hati mana-mana pihak dan mungkin akan ambil iktibar untuk berubah lebih barik. Terima kasih.






Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) telah melancarkan stesen radio keempat mereka yang diberi nama, Kool FM. Dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RRMP Seelan Paul, saluran yang akan mensasarkan mereka yang berusia antara 25 hingga 44-tahun. 


Menurut beliau radio ini akan memainkan lagu-lagu dari tahun 80-an, 90-an dan juga hits popular dalam dan luar negara dengan genre tambahan dangdut untuk ditambah ke senarai lagu pilihan. Ia adalah sangat menarik dengan pelancaran Kool FM sebagai saluran orang dewasa. Sebelum ni radio sedia ada seperti Hot FM, Fly FM dan One FM memberi tumpuan kepada Gen-Y.

Kool FM dilancarkan di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, dengan penampilan dari juruhebah radio yang termasuk artis tempatan AG, Haiza, Liza, Ikhwan, Farid dan Ezaq. Para pendengar boleh mula mendengar radio ini bermula pada 3 Mac di frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang dan 90.2 FM di Pulau Pinang sahaja buat masa ini.

Adakah ini menunjukan bahawa HotFM tidak lagi menyengat seperti dulu. Apa strategi RRMP untuk mengembalikan semua takhta sebagai radio No 1 di Malaysia. Mereka kena ikut perkembangan mana lagu2 baru yang ada kat youtube dengan tontonan lebih 1 juta tu patut dan boleh masuk radio. Kerana mesti ramai peminat lagu2 tersebut.







Berita sedih dan juga berita yang tidak berapa sedap kita dengar untuk permulaan minggu ini. Pagi tadi di HotFM penyampai radio tersebut telah membuat pengumuman. Sebelum ini mereka bermain teka-teki tentang satu pengumuman yang agar menggemparkan daripada minggu lepas lagi. Ingatkan pengumuman Fara Fauzana dan ada jodoh dan akan menamatkan zaman bujangnya tapi lain pulak bunyinya pengumuman itu.


Rupanya Fara Fauzana akan meninggalkan station radio tersebut buat selamanya dan juga menamatkan kareernya sebagai penyampai radio. Katanya beliau akan menumpukan hasrat untuk menjadi pengacara sepenuh masa pula. Jadi lepas ni kita tidak akan dapat mendengar lagi celoteh dan gelak tawa penyampai yang lebih mesra disapa Fafau ini di dalam radio.

Namun bukan sampai di situ sahaja pengumuman yang dibuat di radio HotFM pagi tadi juga mengejutkan di mana 3 lagi penyampai turut akan meninggalkan station radio yang hangat itu. Penyampai tersebut adalah AG, Ikhwan dan juga penyampai baru Liza. Mereka akan berpindah ke station radio baru yang juga di bawah naungan Media Prima.


Bagi AG yang telah 10 tahun di HotFM banyak sangat pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Termasuklah bersama dengan peminat bukan sahaja di udara tapi di luar konti untuk memeriahkan lagi station radio tersebut. Ikhwan juga sama yang dah lama dengan HotFM akan meninggalkan tempat di mana beliau memulakan kareer sebagai penyampai radio.

Apa pun keputusan yang dibuat tetap akan menjadi sejarah dan kenangan indah kepada semua peminat radio yang pernah mendapat takhta No 1 pilihan rakyat Malaysia. Doa terbaik buat semua ke 4 orang penyampai tersebut dan terus maju jaya dalam apa sahaja yang diceburinya. Moga lepas ini ada pula suara baru untuk menggantikan mereka atau adakah HotFM akan terkubur.... jeng jeng jeng...