Memaparkan catatan dengan label Ratu Hijabista. Papar semua catatan
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran), Qila telah dinobatkan juara Ratu Hijabista musim pertama di pentas akhir berlangsung pada malam 30 September 2020. Qila atau nama sebenarnya, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, menewaskan 3 lagi peserta di pentas akhir.



Gadis kelahiran Kelantan ini membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Sementara itu, Tina, 24, pula menyandang gelaran naib juara. Tina membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.

Pemenang Ratu Inspirasi Safi Hijabista pula dimenangi oleh Fiffy Afrina. Pelajar jurusan perubatan itu memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Ratu Favourite pula dimenangi oleh Mellya yang menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.



Ratu Hijabista merupakan pencarian personaliti wanita berhijab yang boleh dijadikan inspirasi dan contoh positif kepada wanita-wanita di luar sana. Di pentas akhir ini pengarah Michael Ang tampil sebagai juri jemputan disamping juri tetap Ratu Hijabista terdiri daripada Puan Sri Normala Samsuddin.

Ratu Hijabista menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim pengacara musim pertama. Ratu Hijabista telah bersiaran selama lapan episod di saluran Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.