Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan
Akhirnya apa yg ditunggu bukan sahaja pasangan suami isteri ini tetapi juga peminat seluruh industri filem tempatan terhadarp berita ini. Secara rasmi Yusri selaku suami mengumumkan bahawa Lisa Surihani kini sudah hamil. Walaubagaimana pun tiada kenyataan lebih detail tentang berapa usia kandungan Lisa dan juga jantina anak yg di kandungkan itu.


Menurut Yusri semua itu masih terlalu awl dan juga adalah tidak elok jika di hebohkan kepada umum tentang kehamilan Lisa. Yusri yg sedang sibuk mempromosikan filem terbaru beliau Cicakman 3 kini menyambut berita gembira dengan senang hati. "Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut," ujarnya yang ditemui selepas pelancaran filem Cicakman 3 di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini Lisa pernah di katakan mengalami keguguran kandungan pertama beliau dan kini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan tentang kehamilan Lisa. Yusri juga mengharapkan peminat dan juga penonton mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Lisa bersama kandungannya. Tahniah buah Lisa dan Yusri yg bakal menimang cahaya mata juga akhirnya.