Dunia Penuh Gosip - Super Spontan Dunia Penuh Gosip: Super Spontan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Super Spontan. Papar semua catatan
Setelah empat tahun pelawak Fad dari kumpulan Bocey menyertai program Super Spontan dan akhirnya tahun ini beliau berjaya menjulang gelaran juara. Tahun lepas Fad hanya berada di kedudukan kedua apabila ditewaskan oleh Kamal Adli. Fad berjaya memenangi wang tunai RM100,000 dan trofi. Pada program akhir Super Spontan Xtravaganza yang berlangsung semalam setelah beraksi dengan lima lagi peserta akhir lain iaitu Izzue Islam, Joey, Achey, Artu dan Shahrol


Seperti biasa program super spontan akhir penilaian adalah berdasarkan prestasi persendirian tidak seperti minggu sebelum ini dimana semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung dan Lobster Leleh. Pada minggu akhir ini menyaksikan permarkahan 50% daripada juri profesional dan 50% dari undian penonton.

Dalam rancangan akhir kali ini juga menyaksikan penyertaan pertama kali daripada seorang yang bukan background pelawak iaitu Izzue Islam. Tapi tidak mengecewakan dimana beliau dinobatkan tempat kedua yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala tempat ketiga pula adalah milik pelawak Achey yang membawa pulang RM25,000 dan trofi.

Pada program akhir ini juri tetap adalah Datuk Afdlin Shauki dan juga Adibah Noor. Tapi yang peliknya adalah juri jemputan iaitu Ayda Jebat yang langsung tidak layak menjadi juri untuk program ini. Kenapa beliau dijemput pun tak tahu dah tak ada pelawak lain kot. Apa pun tahniah kepada semua peserta akhir dan pemenang.







Super Spontan Superstar telah melabuhkan tirai akhir pada Jumaat lepas dengan menyaksikan 8 peserta berjaya keperingkat akhir. Fad, Achey, Sharol, Syuk, Mamak, Kamal Adli, Ozlyn dan Sharif bersaing secara individu pada malam akhir tersebut. Disiarkan secara langsung di Astro Warna dan Warna HD diacarakan oleh Dato AC Mizal bersama komentator Dato Afdlin Shauki dan Datuk Prof Chef Wan.


Namun pelawak sejati adalah pelawak yang spontan itu tema Super Spontan tahun ini dan terbukti kehebatan pelawak terletak pada bakat. Akhirnya seorang pelakon berjaya menewaskan 7 lagi pelawak dalam program itu di mana Kamal Adli telah dinobatkan sebagai juara.

Kamal berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Manakala tempat kedua milik Fad Bocey yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi serta tempat ketiga milik Achey Bocey berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. 


Namun mereka tidak kecewa dengan kedudukan itu kerana Kamal ternyata memberikan komitmen dalam persembahan akhir. Kamal juga menafikan isu gosip yang tengah hangat antara beliau dengan kekasihnya memain peranan kepada kejayaan beliau pada malam akhir. Ini semua atas undian penuh peminat yang sentiasa menyokong kerjaya beliau. Kelihatan Emma juga turut hadir memberi sokongan kepada beliau pada malam akhir tersebut.

Apa pun tahniah kepada semua peserta akhir dan tidak mustahil akan datang lebih ramai pelakon juga turut serta dalam program lawak seperti ini dimana sebelum ini kelihatan ramai pelakon dan penyanyi mula menjadi pelawak. Mampukan pelawak bersaing selepas ini.






Program realiti Super Spontan yang telah masuk musim ke 4 telah berakhir dengan penuh meriah dan gelak tawa. Persembahan 6 peserta akhir pada malam tersebut sangat mencuit hati dan memberi saingan hebat. Namun rezeki telah tertulis milik Johan ketua kumpulan Monyet Mafia.


Turut meriahkan program pada malam akhir tersebut artis jemputan iaitu Ayda Jebat, Tomok dan Black. Paling mencuri tumpuan adalah perlawanan antara pengacara Dato AC dan juga Amer yang mana berkesudahan dengan Amer mengalahkan Dato AC dalam permainan Dahimu Dahiku.

Johan berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000.00 dan juga trofi juara. Manakala tempat kedua milik Abam yang membawa pulang wang tunai RM50,000.00 dan trofi. Serta tempat ketiga milik Achey membawa pulang want tunai RM25,000.00 dan trofi.

Fad, Ozlyn dan Tauke membawa pulang wang tunai RM5,000. Ramai meramalkan Ozlyn mampu untuk memberi saingan di tempat yang lebih atas namun pengalaman mengatasi semuanya. Apa pun tahniah buat semua pemenang dan juga peserta akhir memang korang kelakar sangat.






Minggu ini menyaksikan dua program realiti dari Astro telah sampai ke minggu separuh akhir. Telah tersenarai peserta yang layak atas undian ramai untuk ke peringkat akhir. Program paling tranding Akademi Fantasi 2016 baru sahaja menyenaraikan 5 orang layak ke peringkat akhir minggu depan.


Tahnia buat Amir, Amal, Afi, Ara dan Reshma yang telah melayakan diri untuk begelar juara AF2016. Siapakah bakal menjadi juara nantikan dan saksikan peringkat akhir pada 9 Oktober 2016 di Astro Ria dan Ria HD. Nampak gaya adakah buat pertama kali juara AF2016 milik bukan Melayu. Undian ditangan anda boleh mengundi mereka ok.


Manakal bagi program Super Spontan Superstar juga telah memilih 6 orang peserta yang layak ke peringkat akhir. Tahniah buat pasangan suami isteri Johan dan Ozlyn, juga kumpulan Bocey iaitu Fad, Abam dan Acey, serta Tauke yang berjaya.


Siapa pula akan menjadi juara baru Super Spontan ini nantikan minggu akhir pada 7 Oktober 2016 di Astro Warna dan Mustika HD. Rasa-rasanya Abam boleh menjadi juara kali ini tak pun Acey. Itu semua pada undian anda nanti kerana mengundi minggu akhir adalah peserta bukan lagi kumpulan.






Walaupun hidupnya kini penuh kontriversi dan pelbagai isu yang di perkatakan di dalam dada akhbar, di media social dan macam2 lagi tentang artis ini. Zizan siapa tidak kenal yang daripada isu percintaan, isu lawak tak menjadi, isu kalah banyak anugerah, isu menngakibatkan artis lain di gugurkan dari produksi filem dan macam2 lagi. Kalau cari di internet semua isu tentang artis ini sangat2 begitu hangat.


Tapi itu semua tidak menggugat Zizan untuk terus berada dalam dunia senia tanahair. Kejayaan demi kejayaan di cipta buat Zizan dalam situasi yang penuh kontroversi ini. Pertama melalui kejayaan lakonan beliau melalui filem Polis EVO yang telah berjaya pecah panggung dengan kutipan 17Juta. Sungguh mengkagumkan atas kejayaan ini mungkin semua isu ini membangkitkan filem ini.

Malam ini pula sekali lagi Zizan membuktikan bahaya beliau masih ada peminat dan masih mampu menghiburkan dunia seni tanahair. Beliau yang telah menyertai Super Spontan All Stars selama 10 minggu semalam di nobatkan sebagai juara Super Spontan All Stars. Beliau berjaya mengalahkan Johan, Achey, Pak Yus, Rahim dan Tokey. Keputusan yang mengejutkan dan begitu bermakna buat Zizan yang turut mengalirkan air mata tidak percaya di nobatkan sebagai juara.


Zizan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.00 dan juga sebuah motorsikal kuasa besar. Manakal Johan mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM75,000.00. Di tempat ke tiga pula milik Achey yang menerima wang tunai RM50,000.00, Pak Yus tempat ke empat membawa pulang wang tunai RM30,000.00, manakala Rahim membawa pulang RM10,000.00 dan Taukey tempat ke 6 wang tunai RM5,000.00.

Adakah ini pertanda bahawa Zizan akan bangkit semula daripada segala kontroversi ini. Adakah tahun 2016 akan membawa lebih banyak kejayaan dan kegemilangan Zizan. Sama2 kita saksikan dan nantikan adakah Zizan tidak terus lupa diri atau terus jadi seperti dulu. Tahniah buat Zizan anda masih ada peminat.









Setelah 3 tahun berusaha akhirnya Johan atau Mohd Yazid Lim mengakhiri penantian untuk begelar juara Super Spontan 2014. Johan di umumkan oleh pengacara Super Spontan Afdlin Sauki dan Adlin Aman Ramli dalam episod akhir Super Spontan yg belangsung semalam. Johan membawa pulang wang tunai RM100,000.00 dan juga sebuah kereta Toyota bersama trofi juara.


Tempat kedua pula di menangi oleh Sharol Shiro yg memotong Shuib di saat2 akhir. Sharol juga antara nama yg di sebut menyayingi Johan. Sharol membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga piala sebagai naib juara. Manakala di tempat ketiga jatuh kepada Shuib yg juga telah menyertai program ini dalam 3 musim membawa wang tunai RM25,000 dan trofi. 

Tempat ke empat di menangi oleh Ache selaku pelawak baru dalam program Super Spontan namun masih memberi saingan hebat kepada pelawak otai. Tempat ke lima di menangi oleh Yus dan tempat ke enam di menangi oleh Tauke. Semua mereka menerima wang tunai RM5,000 setiap seorang. 

Maka tamat lah Super Spontan musin ke 3 dan akan di gantikan dengan Maharaja Lawak Mega pula mengambil tempat setiap hari Jumaat mulai 14 November 2014. Namun seperti biasa akan ada mingu Hot Seat untuk pelawak2 yg ingin menempatkan diri mereka dalam MLM 2014. Minggu depan 31 Oktober 2014 dan 7 November akan berlangsung minggu Hot Seat. Siapa bakal tersenarai dalam Maharaja Lawak Mega 2014 nantikan di Mahagosip.






3 program realiti paling popular di saluran Astro bakal kembali menghiasi suku ketiga tahun 2014 ini. Pengurusan Astro telah menysun atur untuk 3 buah program realiti agar ia tidak bertindih antara satu sama lain dan memastikan strategi marketing merangkumi semua ini bahagian. Pasti akan meriah hujung tahun 2014 ini apabila tiba program realiti lawak dan menyanyi ini.

3 program realiti yg di maksudkan adalah Akademi Fantasia, Super Spontan dan juga Maharaja Lawak Mega. Di mulakan dengan Super Spontan yg akan bermula pada 22 Ogos 2014 di saluran Astro Warna dan Mustika HD. Mengekalkan konsep yg sama iai lawak dalm bentuk game bersaing antara dua kumpulan besar yg terdiri daripada 7 org ahli.


Program seterusnya yg akan belangsung pula iailah Akademi Fantasi tahun 2014 yg sekarang telah masuk program Kapsul AF di Astro Ria. Uji bakat AF telah di adakan sekitar bulan Jun lalu di empat lokasi menjadi tumpuan iaitu Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Bakal lahir lagi seorang bintang dalam dunia nyanyi di Malaysia bagi tahun 2014.

Manakala program realiti yang di nantikan setiap tahun oleh penggemar komedi di Malaysia ialah Maharaja Lawak Mega 2014. Tahun ini di harapkan lebih gempak dengan barisan pelawak dan kumpulan yang lebih lawak dan juga lawak2 yg lebih berkualiti. Sapakah barisan pelawak? Sapakah barisan juri untuk tahun 2014 nanti? Masih menjadi rahsia dan nantikan pengumuman oleh pihak Astro.






Tahniah kepada Jep Sephatu kerana telah membuktikan bahawa usaha keras dan juga ketabahan dalam dunia lawak mampu merubah kedudukan sesorang. Ini terbukti setelah Jep telah berjaya menjadi juara Super Spontan 2 dengan menewaskan 5 lagi peserta lain. Lagi manis buat Jep ia adalah kemenangan kedua beliau tahun ini melalui undian penonton dimana sebelum ini Jep pernah memenangi anugerah Pelawak Lelaki Pilihan di Anugerah Lawak Warna.

Jep sebelum ini lebih di kenali dalam kumpulan Sepah dan telah di tukar kepada Sepahtu kerana ketiadaan Mamat. Kini Jep lebih senang untuk bergerak sendiri dalam semua program lawak di Astro dan lawaknya lebih segar dan bersahaja. Tahniah sekali lagi buat Jep atas kejayaan di Super Spontan dan melayakan Jep untuk memenangi wang tunai RM100,000 dan juga trofi dan kereta.


Namun berita kurang senang buat Johan yg tewas buat kali kedua dalam Super Spontan. Pada musim pertama Johan di kalahkan oleh Zizan dan untuk musim kedua di tewaskan pula oleh Jep. Adakah ini petanda bahawa lawak Johan tidak berkuali atau penonton sudah bosan dengan lawak Johan. Mingkun perlu kepada perubahan agak nama Johan tak tenggelam dalam industri lawak ini. Atau Johan makin hilang taring kerana telah tidak bergabung dalam Jozan lagi.

Penonton makin berani dan makin tahu dimana pilihan mereka dan ia adalah perkara biasa dalam dunia insudtri hiburan ada naik bangunnya. Apa pun kita nantikan dalam Anugerah Bintang Popular menentukan siapa paling popular pilihan penonton. Tahniah kepada peserta akhir Super Spontan dan kepada penganjur kerana berjaya menghiburkan penonton.





Program lawak realiti yg menonjolkan bintang2 lawak tanah air kini telah sampai ke minggu ker 6. Hanya tinggal 5 peserta dari kumpulan Semut Sentap dan 5 peserta sahaja dari kumpulan Keta Konfius. Super Spontan semakin spontan dan semakin menghiburkan dengan telatah hebat daripada barisan pelawak hebat negara.

Namun minggu ini adalah minggu malang buat peserta kerana ada dua penyingkiran di lakukan sekali dalam satu hari rancangan. Di mana penyingkiran peserta wanita terakhir dalam program ini iaitu Nurkhairiah setelah kumpulan mereka gagal meraih mata juara minggu lepas. Begitu juga nasib Shuib apabila beliau juga turut tersingkir minggu ini apabila kumpulan mereka juga telah tewas dan di umumkan di singkir dari program ini.


Penyingkiran kali ini telah menyaksikan sekali lagi pelawak wanita terus tewas dalam program realiti lawak. Sebelum ini  juga dalam program Raja Lawak atau Maharaja Lawak juga semua kumpulan atau peserta wanita tersingkir awal. Adakah pelawak wanita tidak pandai berlawak atau kurang hebat daripada pelawak lelaki. Adakah akan ada generasi pewaris untuk pelawak wanita atau general lawak ini khas untuk kaum lelaki.

Harap program realiti lawak ini akan lebih menonjolkan peserta lawak wanita di masa hadapan untuk mencari pewaris pelawak wanita. Adakah kita akan lihat pelawak lelaki yg berpakaian wanita sahaja di masa depan dan tidak ada pelawak wanita yang tulin. Super Spontan adalah antara arena sesuai untuk menaikan pelawak wanita tetapi bila kita akan lihat itu semua. Saksikan Super Spontan setiap hari Jumaat jam 10.00mlm di Astro Warna dan Astro Mustika HD.






Ramai gelak ketawa terbahak2 mlm ini kerana menyaksikan pastinya pusingan akhir Super Spontan yg telah belangsung mlm tadi. Pasti terguling-guling melihat telatah dan juga lawak semua mereka yg memang lawak gila-gila lah. Itu lah sebenarnya objektif rancangan yg satu-satunya lain daripada lain menghiburkan peminat lawak tanahair dengan lawak2 yg segar dan spontan.

Tahniah buat pelawak yg telah di nobatkan Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular tahun 2010 iaitu Zizan. Beliau di nobatkan juara Super Spontan buat kali pertama setelah mengalahkan 5 peserta lain. Mungkin juga gabungan peminat Zizan dan Johan atau Jozan membuat kepada kemenangan ini kerana mereka di kenali dengan gabungan yg cukup mantap.

Tanpa Johan tidak ada Jozan begitu juga Zizan. Walaupun Johan di nobatkan sebagai Naib Juara itu tidak memutuskan tali persahabatan mereka. Johan yg nampak bagitu ramai penyokong dalam pentas Super Spontan tidak mampu menandingi Zizan. Tapi itu menunjukkan bahawa mereka adalah mempunyai penyokong yg sama cuma rezeki sahaja melebihi Zizan.

Namun kejayaan besar dalam Super Spontan ini adalah gaya spontan mereka pelawak menyiapkan tugasan yang di berikan kepada mereka. Peminat juga begitu support kepada program ini kerana ia cukup lain sgt. Nanti akan ada pula Karoot Komedia X lepas ni yg menghiburkan semua peminat lawak tanpa henti di Astro Warna.



Setelah  bertungkus lumuh akhirnya program realiti perlawanan spontan pertama Malaysia Super Spontan akan sampai ke kemuncaknya pada minggu ini. 1 Jun akan saksikan bakal bergelar juara pertama Super Spontan akan di nobatkan. Siapa antara 6 peserta yg berjaya ke peringkat akhir tersebut akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry. Adakah Johan mampu mempengaruhi pengundi dengan status beliau sebagai Artis Komedi Lelaki Popular yg di menangi pada ABPBH baru2 ini.

Adakah Zizan yg terus menjadi kegilaan anak muda sekrang dengan lawak yg spontan dan juga mencuit hati. Adakah juara milik Taukeh yg sering mendapat job lakonan atau milik pasangan serupa tapi tak sama Suhaimi dan Rahim. Atau bakal di rampas kejuaraan milik Ropi yg tak berapa nak kelakar tu hehehhehe.. Namun apa pun semua terpulang kepada undian anda kerana konsep akhir ini telah bertukar di mana undian adalah berasaskan individu bukan lagi berkumpulan.


Namun masih ada yg boleh di perbaiki kerana ada beberapa perkara senseviti perlu di ambil kira oleh penganjur mahupun pelawak2 Super Spontan sekalian. Perkara penting perlu di lihat adalah penggunaan treadmark 'hak tuiiii...' atau meludah yg dan jadi trend sekarang. Bila melawak semua peserta meludah tanda protes dalam bentuk gurauan. Tapi perkara itu nampak agak tidak molek dan kotor.

Kerana ludah meludah ini adalah kerja org tak bertamadun dan juga melambangkan mereka adalah golongan gengster. Meludah tak tentu pasal dan meludah depan2 org adalah budaya yg tidak sesuai di tayangkan kepada penonton. Ini adalah medan lawak dan perlu berhati-hati kerana penonton tediri dari berbagai golongan dan peringkat usia. Bukan tak suka mereka melawak tapi treadmark meludah itu agak keterlaluan dan contoh yg tidak baik.

Harap dapat perhatian perkara ini daripada penganjur dan juga Astro selaku penyiar. Tapi program ini sangat berguna dan bagus harap dapat di teruskan di masa akan dtg dengan pelawak2 yg hebat2 berlaka dan juga aksi2 lawak lebih mencabar lagi. Tahniah buat Super Spontan saksikan akhir nanti ok.