Dunia Penuh Gosip - Syamel Dunia Penuh Gosip: Syamel - All Post
Memaparkan catatan dengan label Syamel. Papar semua catatan
Saat yang di nantikan telah berlangsung secara langsung semalam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) peringkat akhir Akademi Fantasi 2015. Majlis yang menonjolkan 4 orang peserta akhir yang sama2 hebat dan sama mantap. Sufi pelajar dari Singapura, Syamel pelajar dengan suara yang mantap, Bila anak kepada ahli kumpulan Wing dan juga Sharul pelajar dari Negori Sembilan.


Masing2 mempunyai kekuatan tersendiri yang tiada tandingan dan mampu merubah dunia hiburan tanahair. Pada malam akhir setiap peserta membuat dua persembahan iaitu lagu baru setiap pelajar dan juga lagu pilihan mereka sendiri. Sufi menyampaikan lagu baru Kisah Dua Muka dan juga lagu Andai Ku Bercinta lagi. Manakala Syamel menyampaikan lagu baru Hidup Dalam Mati dan juga lagu Hazama Sampai Mati. Bila pula menyampaikan lagu baru ciptaan Edry iaitu Diam Saja dan juga lagu Karma. Terakhir Sharul menyanyikan lagu baru bertajuk Hanya Kamu dan lagu Bruno Mars iaitu Just The Way You Are.


Pada malam tersebut pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan juara AF 2015 dengan penuh gemilangnya. Juara milik Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Syamel yang bergelar naib juara telah memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM30,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Bila pula di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Manakala ke empat milik Sharul pula menduduki tangga keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. 

Tahniah buat semua pelajar dan juga kini telah bergelar artis dengan single terbaru masing2. Tahniah juga kepada barisan tenaga pengajar yang hebat melahirkan juara dan juga pelajar yang lebih matang dan suara lebih mantap. Juri pada malam akhir juga tidak kurang hebat memberi komen yang bernas daripada Dato Ramli MS, Fauziah Ahmad Daud, Dato AC Mizal dan juga Datuk Aznil Hj Nawawi.