Memaparkan catatan dengan label Syamsul Yusof. Papar semua catatan
Filem pertama Malaysia yang mengadakan majlis pelancaran trailer bersama media dan juga barisan pelakon. Itu yang diungkapkan oleh pengarah muda Syamsul Yusof merupakan salah seorang pelakon utama dalam Filem Makrifat Cinta . Beliau berkata begitu dihadapan hampir 100 orang yang hadir dalam jemputan pelancaran trailer filem baru ini yang bertempat di IRDKL Mall Shah Alam.


Filem ini bakal ditayangkan sepenuhnya pada 1 Februari 2018 nanti tapi seakrang semua media dan tetamu dapat menonton trailer filem ini. Pada sidang itu juga turut diadakan acara roadtour ke menara IRDKL Shah Alam yang baru milik penuh TSR Flims Sdn Bhd. Dalam bangunan itu bukan sahaja ada kedai tapi dilengkapi dengan pawagam sendiri TSR Cinemax dan dewan conference.


Berbalik kepada filem Makrifat Cinta ia adalah adaptasi daripada kisah benar yang diarahkan oleh pengarah muda Kamal G. Barisan pelakon lain yang juga turtu hadir pada malam gala tersebut adalah Dato Adi Putra, Puteri Balqis dan Sabrina Ali. Filem ini juga membariskan pelakon hebat seperti Nora Danish, Nabila Huda dan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Sinopsis Filem


Ia adalah filem kisah kekeluargaan dan juga terselit aksi dan emosi menjadikan penonton lebih terjua untuk menghabiskan filem ini. Ia berkisarkan kehidupan sepasang suami isteri iaitu Mahathir lakonan Sayamsul Yusof dan Zara lakonan Nabila Huda serta mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aisha lakonan Puteri Balqis.


Kehidupan yang miskin ditengah kota memberi tekanan kepada Mahathir ditambah dengan mengahwini seorang isteri yang hidup penuh dengan kemewahan. Akhirnya Mahatir berjaya mencipta satu applikasi yang mampu untuk merubah hidupnya menjadi jutawan sekelip mata.


Tapi kerena hutang beliau bersama Ah Long yang masih banyak juga adik iparnya Rizal lakonan Adi Putra seorang pengedar dadah membuatkan beliau terus terhimpit. Bertemu dengan Sophea lakonan Nora Danish mengubah kehidupan beliau kepada yang penuh masalah menjadi tenang. Namu banyak dugaan yang Mahathir lalui sepanjang beliau mengenali Sophea dan juga adakah mereka akan jatuh cinta. 

Kelebihan filem ini 


Filem ini paling dihadapan dari segi penggunaan kamera kerana menjadi filem melayu pertama di Malaysia yang menggunakan lensa kamera Cooke Optics yang di sewa khas dari Mumbai, India. Filem terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd ini menelan belanja hampir 4 juta untuk merealisasikan semua itu. 


Termasuk juga menggunakan 20%-30% kesan CGI kalau korang tengok beberapa aksi lasak kemalangan, letupan dan pelbagai menjadikan ia lebih rea. Kami yang datang tengok trealer ini pun dah rasa filem ini menarik dan mampu membawa penonton jauh menghayati jalan ceritanya dan juga gaya barisan pelakon yang hebat.


Nantikan filem ini akan ditayang pada 1 Februari 2018 nanti di semua pawagam seluruh Malaysia. 

Layari laman di bawah untuk info lanjut:-