Dunia Penuh Gosip - TokTi Dunia Penuh Gosip: TokTi - All Post
Memaparkan catatan dengan label TokTi. Papar semua catatan
Setelah melancarkan album terbaru beliau ManisfestaSITI2020 kini artis popular dan juga ikon no 1 Malaysia kesayangan semua kini mengeluarkan muzik video terbaru untuk lagu Siapa Tak Mahu. Sebelum ini video muzik lagu dalam album yang sama iaitu 7 Nasihat mencecah 2.2 juta tontonan dan manakala lagu video muzik Aku Bidadari Syurgamu lebih 11 juta tontonan.





Adakah muzik video terbaru yang menampilkan gaya dan keberanian TokTi dengan fesyen ala diva serta juga makeup yang lebih berani mampu menarik tontonan jutaan seperti mana sebelum ini. Muzik video yang baru sahaja sejam dilancarkan dalam laman Youtube rasmi Dato Siti pada malam tadi telah mendapat lebih 100ribu tontonan.




Muzik video arahan daripada Ghazi Maslan ini juga turut menampilkan dua orang pelakon hebat tanah air iaitu Mira Filzah dan Hun Haqeem. Lagu ini ciptaan tiga orang hebat dalam industri iaitu John Jeevasingam, Ikhwan Fatanna dan Omar K. Ia juga menjadi lagu pop seperti mana lagu Dato Siti sebelum ini iaitu Ku Mahu. Terus menyokong dan juga mengulangi lagu ini beberapa kali nak lihat bagaimana TokTi dengan gaya lain yang lebih segar.


Lirik penuh Siapa Tak Mahu

Kata orang
Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang

Dalam cinta
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi

Chorus
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan

Salah faham
Jangan diundang
Luahkan kata
Jujurlah caranya

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi

Ulang Chorus

Bulat air kerana pembentung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya

Ulang Chorus