Dunia Penuh Gosip - UNIC Dunia Penuh Gosip: UNIC - All Post
Memaparkan catatan dengan label UNIC. Papar semua catatan
Semua orang sedia maklum penderitaan yang ditanggung anak kepada penyanyi kumpulan UNIC Bazli iaitu Syahid akibat penyakit kanser Informa. Pada tanggal 7 Jun 2017 anak syurga ini pergi bertemu pencipta pada jam 7.20 pagi di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur


Bazli memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram (IG) miliknya.

"Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan syahid.. Anakku...," tulis Bazli.

Syahid yang merupakan salah seorang kanak-kanak autisme lahir pada 27 Oktober 2013. Syahid mula didapati tidak sihat semenjak Disember tahun lalu dan pada awalnya, penyakitnya tidak dapat dikesan. Setelah mengalami proses diagnosis, Syahid disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Februari lalu.


Namun Syahid sempat meraikan kegembiraan bersama ayah tercinta apabila kumpulan UNIC telah dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza baru-baru ini. Trofi yang dimenangi juga sempat ditunjukan kepada anak tercinta semasa beliau masih sihat. Moga pemergian anak syurga ini pada bulan mulia mendapat rahmat bagi kedua ibu bapanya Aminnn.