Dunia Penuh Gosip - Yeos Dunia Penuh Gosip: Yeos - All Post
Memaparkan catatan dengan label Yeos. Papar semua catatan
Setiap tahun mesti ramai blogger ternanti-nanti majlis beramah mesra dan juga pertemuan bersama dengan blogger2 otai yang lain. Kalau tidak di luar memang susah nak jumpa blogger otai ini tapi di dalam program inilah semuanya di temukan dalam satu majlis. Itulah kekuatan program Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network. Tahun 2015 adalah penganjura ke 4 program ini yang setiap tahun tidak pernah lengkang dengan kehadiran blogger2 seluruh Malaysia.


Ada blogger sanggup datang dari pelusuk Malaysia untuk semata-mata bersama dengan blogger2 lain bagi berkongsi pengalaman dan ilmu. Tidak kurang juga sambutan daripada blogger2 negara jiran seperti Indonesia dan Brunei juga turut serta dalam SBB sebelum ini. Ini menunjukan kekuatan program ini harus di teruskan lagi di masa akan datang agar generasi blogger baru lebih berpengetahuan untuk menulis blog dan mencari trafik.


Tahun ini penganjuran SBB 2015 lebih penuh dengan pengisian dimana program yang akan berlangsung pada 13 Jun 2015 ini akan di isi selain daripada program diskusi tetapi juga aktiviti luar iaitu "Treasure Hunt". Program yang akan di adakan di Komplek Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran Persint 5 Putrajaya pastinya akan menawarkan hadiah2 lebih hebat tahun ini. Di katakan hadiah cabutan bertuah untuk kali ini lebih meriah daripada penaja2 seperti Yeo's, The Sumbs, e-Qurban, Karangkraf dan Denaihati sendiri.


Turut di adakan adalah penganjuran pertandingan sebelum SBB 2015 belangsung lagi iaitu "Contest Sitkom Yeo's". Yeo's selaku penaja utama program ini tahun ini menawarkan hadiah lebih hebat kepada blogger2 yang sentiada kreatif menghasilkan karyanya. Untuk maklumat lanjut tentang pentandingan ini anda boleh layari laman sesawang mereka di sini. Bagi mana2 blogger yang masih belum berdaftar untuk SBB 2015, ia masih di bukan dan bayaran RM30 sahaja di kenakan kepada setiap seorang. Jadi jangan lepas peluang keemasan untuk bersama blogger dan menimba ilmu lebih lagi dalam dunia blog. Jumpa Mahagosip di sana juga nanti ok. Selamat berblog.