Dunia Penuh Gosip - Yuna Dunia Penuh Gosip: Yuna - All Post
Memaparkan catatan dengan label Yuna. Papar semua catatan
Penyanyi Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.



Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan. Majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri 300 tetamu membabitkan keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.


Keesokkan harinya pula telah diadakan majlis bersama media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka.



Majlis resepsi pula diadakan pada Ahad ini di hotel ternama di Kuala Lumpur. Terdahulu Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu.






Akhirnya spekulasi mengenai pertunangan Yuna dengan Adam Sinclair yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mengenai perkara itu pada Sabtu lalu.


Yuna atau Yunalis Datuk Mat Zara'ai, 31, menerusi kenyataan akhbar memberitahu pertunangannya dengan Adam berlangsung di kediaman ibu-bapanya di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Keluarga Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, terdahulu merisik Yuna pada 27 Mac lalu. Ibu Adam, Khadijah Abdul Rahman menyarungkan cincin ke jari Yuna.

Bercakap mengenai perkenalan mereka, Yuna berkata dia mula mengenali Adam yang juga seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013.

Pada awalnya kata Yuna, hubungan mereka sekadar teman biasa namun semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.

Sementara itu, Yuna turut menyifatkan ikatan pertunangan itu adalah sebagai langkah pertama mereka untuk hidup bersama dan bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang dan baik hati seperti Adam.





Yuna yang kini telah beberapa tahun berada di Amerika berusaha untuk mengembangkan career nyanyian beliau. Selepas beberapa album dan kini Yuna kembali lagi dengan satu single baru berjudul "Crush". Apa yang lebih menarik tentang single ini adalah kolaborasi antara Yuna dan juga penyanyi Pop popular di Amerika sapa lagi kalau bukan Usher


Lagu ini tidak mencabar vokal kedua2 penyanyi ini, namun mempunyai kelembutan dalam melodi dan rentak yang dihasilkan. Seperti semua tahu Usher adalah penyanyi pop yang suka lagu rancak dan yang membuat semua orang menari. Namun lagu ini lebih santai dan relax tapi jelas vokal Usher bersama Yuna serasi. Lagu ini boleh di dengarkan di audiomack tapi masih belum berada di Youtube.


Menurut Yuna lagu ini dicipta untuk album baru beliau pada masa itu namun masih tiada siapa lagi artis yang difikirkan sesuai untuk berduet bersamanya. Tapi setelah berjumpa dengan Usher beliau mencuba dengan menghantar lagu ini kepadanya. Berita baik apabila Usher membalas email dengan rakaman lagu ini yang telah siap dirakamkan Usher. 

Sebelum ini Yuna yang popular dengan lagu 'Rescue' telah keluar dengan beberapa lagu juga kolaborasi dengan barisan artis popular seperti G-Eazy feat Yuna utk lagu Lights & CameraOwl City duet Yuna melalui lagu OST filem animasi The Croods lagu bertajuk Shine Your Way. Diharapkan dengan perkembangan baik ini akan mengukuhkan lagi nama dan career penyanyi kelahiran Kedah ini di negara Uncle Sam itu.









Yuna dulu hanyalah insan biasa yang pergi ujibakat tetapi bukan rezeki beliau di dalam satu program realiti. Tapi kini nama Yuna bukan sahaja di sebut di Malaysia malah peringkat atarabangsa. Telah bertapak di USA dalam usaha mengembangkan bakat seni nyanyiannya. Telah menghasilkan 3 buah album di sana dan juga tidak kurang lagu2 tempatan. Kehebatan beliau tidak boleh di nafikan lagi.

Kini Yuna kembali ke negara asal dengan konsert pertamanya di Kuala Lumpur Convention Center pada 16 Okt 2015. Yuna Live In Malaysia menjadi meda beliau menyerlahkan lagi kehebatan nyanyi dan juga muzik ciptaannya sendiri di hadapan ribuan peminat yang fanatik. Pembukaan persembahan penonton dihiburkan oleh Noh dari kumpulan Hujan. Bersahaja dan penuh lawak jenaka noh menyampaikan 3 buah lagu belia sebagai pembuka konsert pada malam tersebut.


Penampilan Yuna pada malam konsert yang cukup penuh berkeyakinan juga baju yang di reka khas olah Hatta Dolmat menampilkan Yuna pada gaya yang cukup lain. Pada malam tersebutr juga Yuna menyampaikan lebih dari 20 buah lagu popular beliau dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Tidak boleh di nafikan langsung suara Yuna yang memang ternyata tiada tolok banding bersama persembahan band pada malam tersebut.



Antara lagu yang di sampaikan oleh beliau adalah Mountains, Broke Her, Rescue, Falling, Live Your Life, Come As Your Are, Sparkle, Lullabies, Mermaid, Remember My Name dan banyak lagi. Manakala lagu Melayu yang di sampaikan pada konsert malam tersebut adalah seperti Dan Sebenarnya, Lelaki, Terukir Di Bintang, Lautan, Material, Penakut dan banyak lagi. Penonton juga tidak kurang hebat memberi respond secara bersungguh di mana menyalakan handphone pabila lagu Lautan di sampaikan. 



Juga penonton semua berdiri menari bersama Yuna pada lagu Rescue. Memang memukau persembahan Yuna selama sejam setengah itu tanpa henti hanya rest Yuna minum air sahaja. Tanpa di iringi oleh persembahan penari atau apa2 sahaja prop yang unik Yuna hanya berdiri dan dengan gaya persembahan mampu membuat semua penonton bersorak riuh rendah dewan Plenary Hall KLCC pada malam tersebut.



Akhir persembahan setelah Yuna menamatkan lagunya penonton bersorak nama Yuna beramai-ramai dan inginkan lagi persembahan. Mungkin kerana sambutan yang luar biasa penonton membuatkan Yuna keluar semula ke pentas untuk menyampaikan lagu istimewa buat semua peminatnya iaitu I Wanna Go. Peminat terus bersorak dengan riuhnya dan juga terus ke depan pentas untuk sama2 menyanyi dengan Yuna memang meriah sangat persembahan pada malam tu.



Good luck buat Yuna dan moga terus berjaya dengan bidang muzik yang di ceburi dan mengharumkan nama negara di luar sana. Agar Yuna tidak lupa asal usulnya dan jangan toleh ke belakang untuk berjaya. Peminat di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan beliau dan akan ada lagi konsert akan datang dari Yuna. Terima kasih kepada Tune Protect atas tiket percuma membawa kami kepada Yuna.