Dunia Penuh Gosip - Zulin Aziz Dunia Penuh Gosip: Zulin Aziz - All Post
Memaparkan catatan dengan label Zulin Aziz. Papar semua catatan
Pelakon, pengacara dan penyanyi Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Farhan Norzaini, 35, tepat jam 9.20 pagi ini dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 



Zulin meluahkan rasa syukur dan gembiranya selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan sebelum melangkah ke fasa berumah tangga. 

Sementara itu, Farhan juga meluahkan rasa syukurnya dan kini bersiap sedia untuk mengharungi fasa baharu dalam kehidupan. 

Zulin dan Farhan diijabkabulkan oleh Imam Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni dan diwalikan oleh abang Zulin, Shah Rezza Abdul Aziz. 

Farhan memberikan mas kahwin sebanyak RM80, lima dulang hantaran termasuk sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM30,000, manakala pihak Zulin membalas dengan tujuh dulang. 

Terdahulu Zulin memaklumkan dia sudah mengenali suaminya sejak dua tahun lalu yang juga rakan perniagaannya. Sebelum ini Zulin pernah terpalit dengan kontroversi bakal berkahwin pada tahun 2018 tetapi ia gagal kerana putus ditengah jalan dan sempat merakamkan muzik video lagu bertajuk 'Dan Ketika Itu'.