Anugerah Planet Muzik 2012 Langsung Di Astro Ria | Dunia Penuh Gosip

Anugerah Planet Muzik 2012 Langsung Di Astro Ria


Satu lagi majlis anugerah yg menobatkan muzik tempatan terus ke persada seantero muzik melayu. APM 2012 tidak asing lagi bagi 3 buah negara berjiran Malaysia, Indonesia dan Singapura. Dominasi paling tinggi daripada artis Malaysia hampir semua kategori di dahului oleh artis Malaysia. Mampukah kita mendahului senarai paling tinggi merangkul anugerah pada mlm itu.

Tak penting berapa byk kita menang tapi sejauh mana ia mampu untuk menaikan muzik tempatan ke persada antarbangsa. Tidak kita jadi jaguh kampung sahaja tapi boleh di terima seantero dunia seperti artis yg telah menang kat China Shila Amzah. Pada mlm itu beliau akan membuat persembahan bersama barisan artis hebat lain. Adakah Shila akan membawa besar kejayaan kepada kita dalam kategori Artis Wanita Terbaik


Jgn lupa untuk saksikan secara langsung APM 2012 di Astro Ria pada 15 Disember 2012. Live daripada The Max Pavilion @ Singapore Expo. Racangan yg akan di acarakan oleh 2 pengacar hebat dari 3 buah negara pasti akan mengamatkan mlm itu. Dato Ac Mizal, TG dan Shopie Mantha. Di meriahkan lagi dengan persembahan mantap barisan artis2 hebat seperti Hafiz, Shila Amzah, Sleeq, Judika, Awi Rafail, Najwa Latif dan ramai lagi.

Penganjuran tahun ke 11, 17 anugerah akan diberikan kesemuanya, yang mana 6 kategori akan ditentukan oleh pengundi secara online - Artis Singapura Paling Popular, Lagu Singapura Paling Popular, Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular, Nova Media Baru dan Ikon Media Baru.




0 comments: