Virus Gabungan Yang Tidak Menjadi Tersingkir Di Peringkat Separuh Akhir | Dunia Penuh Gosip

Virus Gabungan Yang Tidak Menjadi Tersingkir Di Peringkat Separuh Akhir

Apa sudah jadi kepada kumpulan Virus yg telah tersingkir di peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega semalam. Kumpulan Virus gabungan antara kumpulan Jambu dan juga Zizan telah di umumkan tidak layak ke peringkat akhir oleh pengacara Dato AC Mizal. Pengumuman tersebut sgt mengejutkan buat peminat kumpulan tersebut yg cukup memberi sokongan penuh kepada kumpulan ini.


Bagi juri juga agak terkejut dengan penyingkiran kumpulan Virus. Di mana silapnya atau memang kumpulan ini tidak serasa semenjak awal penggabungan mereka. Ini kerena minggu demi minggu kelihatan lawak Virus tidak konsisten. Ada masa kadang2 lawak mereka langsung tidak menjadi dan seperti masing2 masih belum ada keserasian.


Hanya beberapa minggu sahaja dapat di lihat lawak kumpulan Virus ini menjadi seperti mana yg di katakan oleh Dato Jalaludin Hassan. Mungkin juga kerana kontroversi antara Zizan dan juga Fazura yg berlaku minggu lepas. Adakah kerana ini ramai peminat agak meluat dan menyampah dengan lawak Zizan. Tapi semua itu hanya spekulasi sahaja dari penonton dan juga keyboard warrior.

Apa pun tahniah kepada 5 kumpulan lagi yg telah layak ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega. Sepahtu juga hampir tersingkir pada mlm separuh akhir bersama dengan kumpulan Shiro. Namun kejutan untuk kumpulan Zero yg telah berjaya melayakan diri ke peringkat akhir kerana MLM sebelum ini mereka tersingkir awal. Apa pun pasti akhir Maharaja Lawak Mega 2014 akan lebih meriah dan lebih memberi saingan kepada mereka2 yg pernah menjadi juara dan juga peserta peringkat akhir. Tahniah kumpulan Zero, Bochey, Sepahtu, Nabil dan juga Shiro siapa bakal menjadi juara.







0 comments: