Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 Banyak Sejarah Hitam | Dunia Penuh Gosip

Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 Banyak Sejarah Hitam

Memperkenalkan barisan artis yang akan bersaing dalam program Gegar Vaganza musim ke 3. Program yang telah menjadi viral tahun lepas apabila pemenang utama Siti Nurdiana menjadi perhatian semua peminat. Sapa pula tahun ini yang juga bakal viral dan bakal juara program realiti ini. 


Program ini akan menggantikan AF yang telah sampai kemuncaknya. Bersiaran pada jam 9.00 malam setiap hari Ahad bermula 16 Oktober secara langsung di Astro Ria dan Ria HD. Masih kekal Qu Puteh sebagai penaja utama program ini dan apa pula gimik-gimik yang bakal dipertontonkan tahun ini. Juga masih kekal pengacara yang sentiasa kelakar Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juri tetap juga masih kekal iaitu Dato Ramli M.S dan juga Dato Khatijah Ibrahim. Mari kita kenal dengan barisan mereka yang akan mewarnai Gegar Vaganza Musim ker 3 ini. 6 peserta lelaki iaitu Ameng Spring, Razis Ismail, Shidee Data, Rem, Zarul Umbrella dan Gmie Screen. Manakala 6 peserta wanita pula adalah Nora, Siti Sarah, Elly Mazlien, Intan Sarafina, Azharina dan Zur Eda.


Diharapkan tahun ini lebih meriah dan membuktikan Otai Masih Menyengat dan mampu mengembalikan kemeriahan artis2 lama ini. Puas lah tahun ni gelak tengok gelagat pengacara dan juga Dato Vida sendiri nantikan. 





1 ulasan:

  1. Siti sarah tiada di pentas katanya masalah kesihatan

    BalasPadam