Bintang Muda Menguasai Akademi Fantasia Magestar 2017 | Dunia Penuh Gosip

Bintang Muda Menguasai Akademi Fantasia Magestar 2017

Akhirnya keputusan 12 peserta bintang yang bakal bersaing dalam Akademi Fantasia Megastar yang bakal bermula minggu depan telah diketahui malam tadi. Tahniah kepada semua mereka yang terpilih mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk buat persembahan terbaik setiap minggu.


Tahniah juga kepada 4 peserta piliha Mahagosip last week yang juga turut tersenarai memang mereka semua sangat berbakat. Tapi ada juga yang macam tidak berapa layak untuk dapat menyertai pertandingan ini tapi mungkin kerana boleh dapat undian tinggi jadi mereka terpilih juga untuk masuk.

Biasalah kalau dah nama dunia hiburan tak ada keuntungan tak sah. Yang rugi adalah pengundi yang terus mengundi tanpa tahu mainan mereka disebalik tirai AF ni. Dah biasa daripada dulu lagi sampai yang terbaru program ini bertahan kerana undian peminat. 

Apa pun konsep kali ini AF tidak pernah lari daripada fantasi buat penontonnya. Tahniah juga kepada peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya untuk Akademi Fantasia Megastar. Mereka yang layak ialah Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufie, Ewal dan Azhar. Terus sokong AF tapi nak mengundi tu fikir banyak kali ok lebih baik korang buat duit bayar minyak sebab harga minyak dah makin naik ni.






0 comments: