McMillan Woods Global Menyumbang RM300,000 Kepada Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia Sempena McMillan Global Woods Awards 2023 | Dunia Penuh Gosip

McMillan Woods Global Menyumbang RM300,000 Kepada Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia Sempena McMillan Global Woods Awards 2023

McMillan Global Woods Awards 2023, sebuah acara yang terkemuka meraikan kejayaan pihak-pihak dari pelbagai industri, dengan bangganya mengiktiraf 30 buah perniagaan dari seluruh dunia. Antara penerima penghormatan tersebut ialah pelakon dan penyanyi Malaysia, Alvin Chong, peragawati dan ahli perniagaan Malaysia, Amber Chia, pelakon dan pempengaruh Hong Kong, Gine Lin Siu Kiu, pelakon terkemuka Hong Kong, Wiyona Yeung, pemain drum terkemuka, Eric Lau dan jutawan perlombongan Australia, Georgina Hope Rinehart.



Acara yang dianjurkan oleh McMillan Woods Global (MCMWG) di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur itu dirasmikan oleh Kerabat DiRaja Negeri Sembilan, Y.M. Tunku Dato' Mu'tamir Tunku Tan Sri Mohamed. Acara tersebut juga menyatukan lebih enam ratus peneraju industri, para inovator, usahawan, artis dan dermawan yang menyaksikan detik di mana McM Cares (program kebajikan di bawah MCMWG) mendermakan sejumlah RM300,000 kepada Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM).

Sumbangan ini bukan sahaja mencerminkan kemurahan hati MCMWG, tapi turut menegaskan kepentingan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan impak transformatif yang dapat dicapai sesebuah organisasi apabila menyelaraskan kejayaan mereka dengan kemajuan masyarakat. Presiden & Pengasas MCMWG, Dato' Sri Dr. Raymond Liew berkata, "Kami memastikan sekurang-kurangnya RM100,000 didermakan kepada kebajikan pada setiap tahun melalui keuntungan bersih kami dan acara-acara amal yang membawa kepada malam penganugerahan ini. McMillan Global Woods Awards 2023 adalah acara yang meraikan kejayaan dan sebuah peringatan bahawa kejayaan bukan sahaja mengenai pencapaian peribadi, malah meninggalkan kesan positif di dunia ini."



"Kami menyambut ulangtahun yang ke-10 kami pada tahun ini, membuktikan impak McMillan Global Awards yang berkekalan. Untuk sambutannya, kami menjenamakan semula dengan slogan 'Authenticity, Authoritative, Aspiration', mengukuhkan misi kami untuk mengiktiraf kejayaan dan inovasi sambil menginspirasi semua orang untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, dan kami akan meneruskannya pada tahun-tahun yang akan datang," tambah beliau.

Acara penganugerahan pada tahun ini menarik lebih ramai peserta, walaupun syarat dan penilaian adalah lebih teliti. Pengerusi Penganjuran McM Global Woods Awards 2023, Cik Rachel Hsu Xin berkata, "Proses pencalonan dan penilaian kami direka supaya teliti dan objektif. Kami berbangga penerima anugerah kami dipilih berdasarkan merit mereka dan sifat transformatif sumbangan mereka."
Kategori-kategori anugerah termasuk McM Icons, yang diberi kepada personaliti-personaliti yang cemerlang dari dalam dan luar negara; McM Masters, penghormatan kepada para usahawan yang teguh dan peneraju global; dan McM Rising Stars, dianugerahkan kepada bakat-bakat muda yang berkembang maju, menawarkan platform untuk mereka berjaya dalam kerjaya mereka. Selanjutnya, MCMWG akan terus menjadi pencetus inspirasi kepada para pemain industri yang sedang meningkat dan bertindak sebagai pemangkin dalam menggabungkan potensi-potensi perniagaan baharu demi merangsang pertumbuhan ekonomi global pada masa akan datang.



Berikut adalah senarai penuh para penerima anugerah McMillan Global Woods Awards 2023:



McMillan Global Woods Awards 2023 dianjurkan oleh McMillan Woods Global, dengan GV Corporate Advisory sebagai Penaja Platinum; Gintell dan QSolve sebagai Penaja Emas, dan Sphere Corporation Sdn. Bhd. dan Anand Foundation sebagai Penaja Perak.

Badan-badan yang menyokong termasuklah:
Spectrum Outdoor Media
vivo Malaysia
LEDKING
Universal Music Malaysia
Bentley Music Sdn. Bhd.
Vanilla Crepe
Winery
Secret Recipe
Ishin Japanese Dining
J&C Dance Production
WhyNot Studio
Tag Booth Photo Booth

Acara ini diuruskan oleh RUP Sdn. Bhd. dengan Shangri-La Kuala Lumpur sebagai lokasi rasmi. Global Creative Media Agency (GCMA) dan Jeff Nickelson menjadi Agensi PR Rasmi, bersama dengan HMS Media dan Essenze sebagai Rakan Media Rasmi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.mcmillanwoods.com/








0 comments: