Anak Orang Asli Juara ‘The Chosen One’ Musim Pertama | Dunia Penuh Gosip

Anak Orang Asli Juara ‘The Chosen One’ Musim Pertama

Siapa sangka daripada hidup jauh dipendalaman dan menyertai sebuah pertandingan telah merubah kehidupan dan juga perjalanan seorang kanak-kanak anak orang asli suku kaum Temiar. 



Amir 12 tahun telah dinobatkan sebagai juara The Chosen One yang telah berlangsung peringkat akhir baru-baru ini. Beliau merupakan juara musim pertama yang layak untuk membawa pulang wang tunai RM30,000 ringgit dan juga trofi serta sebuah lagu single.

Juga turut menerima hadiah adalah jurulatihnya iaitu merupakan seorang penyanyi Putra Muhammad menerima wang tunai RM10,000 kerana dinobatkan sebagai jurulatih terbaik.



Amir yang sebelum ini telah viral di beberapa laman sosial dengan persembahan lagu pertama pada minggu pertama pemilihan telah menaikkan nama beliau. Video beliau yang viral mendapat tontonan lebih daripada jutaan penonton bukan sahaja di Malaysia malah luar negara. 

Pada malam akhir Amir Sisi menewaskan 3 lagi peserta lain iaitu Khalyn 17 tahun, Erika Foo 17 Tahun, dan Raja Dayana 13 Tahun. 



Tempat kedua dimenangi oleh Khalyn dan tempat ketiga pula Dayana dan tempat keempat adalah Erika. 







0 comments: