Teka-teki terjawab, empat bekas peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim, Farah Anuar, Felix dan Ara Johari layak ke pertandingan Gegar Vaganza Fantasia (GVF).
Akim mendahului carta undian dengan 25%, diikuti Farah Anuar (16%), Felix (13%) dan Ara Johari (9%). Keempat-empat mereka akan bertanding bersama sembilan peserta lain iaitu Mawi (AF3), Vince (AF1), Faizal (AF4), Shahir (AF8), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Zahid (AF2), Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014).
Sebelum ini, 25 calon bekas peserta AF diumumkan untuk diundi bagi mengisi empat kekosongan di posisi ‘hot seats’.
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

0 comments: