Lagu ciptaan komposer Zai Hamzah dan Hemo Globin dengan lirik oleh Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam itu mengetepikan sembilan buah lagu lain yang turut sama bersaing dalam malam kemuncak tersebut.
Kemenangan ini membolehkan kumpulan K.O.I membawa pulang hadiah utama RM100,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi lagu Tak Adil dendangan Aisha Retno ciptaan bersama Aisha Retno & Radi serta lirik Aisha Retno berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Manakala, lagu Lumangad Oku Dika nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Ryenald Guntabid meraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM30,000 serta trofi.
Trofi Vokal Terbaik menjadi milik Marsha Milan menerusi Tangisan Seorang Pendosa, sekali gus melayakkan penyanyi itu membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Tidak kurang mencuri perhatian, Aina Abdul diangkat sebagai penerima Persembahan Terbaik dan Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee menerusi lagu Kamu selepas tampil dengan konsep gunung berapi penuh dramatik.
Lebih manis, Aina turut diumumkan sebagai wakil Malaysia ke Eurovision Asia Song Contest 2026, sekali gus mencipta sejarah sebagai wakil sulung negara dalam edisi pertama pertandingan berkenaan.
Lagu lain yang turut sama bertanding pada malam AJL40 adalah Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie, Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik, Semacam Pandora – Hazama, Lemah – Dayang Nurfaizah dan Nurcinta – Amir Masdi.
Walaupun masih berada dalam pengajian, bakat dan semangat terserlah apabila pelajar-pelajar ijazah sarjana muda dan pelajar-pelajar diploma bergabung tenaga menjayakan sebuah program bertaraf industri di UiTM, di bawah fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Kampus Puncak Perdana. CASA merupakan program penilaian akhir bagi pelajar program Pengurusan Industri Kreatif (Pengurusan Seni) dengan pemilihan tajuk CASA Ataraxia: Calm Minds, Creative Hearts.
Program anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), program ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 2 hingga 4 Julai 2026 di Dewan Serbaguna Kolej Jasmine (DSG), UiTM Kampus Puncak Perdana. Menariknya, keseluruhan acara ini digerakkan sepenuhnya oleh seramai 560 orang pelajar sendiri, sekaligus memperlihatkan keupayaan mereka dalam merancang, mengurus dan merealisasikan sebuah acara berskala besar dengan penuh komitmen serta kreativiti.
Projek ini dibimbing oleh pensyarah dalam pelbagai subjek yang berkaitan sebagai panduan dan sokongan akademik. Manakala keseluruhan idea, konsep serta pelaksanaan CASA digerakkan sepenuhnya oleh pelajar. Projek penilaian akhir bagi semester ini tampil dengan pendekatan yang lebih segar, lebih santai, relaks dan bertenaga sekaligus menjadikannya lebih hebat dan menarik. Pemilihan tema pada kali ini berfokus kepada usaha menenangkan minda agar para peserta dapat berfikir dengan lebih jelas dan positif dalam merancang masa depan. Program ini bukan sekadar acara tetapi satu bukti bahawa pelajar mampu mencipta pengalaman sebenar yang memberi impak besar.
Acara ini dianjurkan lebih santai dan berseni tetapi menekankan unsur yang berbentuk akademik. Program penilaian akhir ini juga terbuka kepada orang ramai untuk hadir dan mengalami pengalaman bersama pelajar. Antara aktiviti menarik yang dianjurkan termasuk Perasmian CASA Ataraxia & Majlis Anugerah Dekan: Citra Ambisi, Unspoken Feelings: Expressing Emotion Beyond Words, Forestale Zumba: “Feel The Beat, Lead The Soul”, Pameran Potong Kaki, IndustryMeet@CASA, Colours of Emotion: Expressing Feelings Through Colour, Sound of Healing: Night of Music & Reflection, Bicara Suara Karsa, Micsquerade Night dan Move, Heal, Repeat: Music Heals What Words Can’t.
Menurut pengarah projek yang juga merupakan pensyarah kanan, Pn Kenchana Wati Md Yusof, program ini dianjurkan bagi menghasilkan sebuah acara yang menenangkan, selari dengan konsep Ataraxia yang menitikberatkan elemen ketenangan dan kesejahteraan emosi, malah berperanan sebagai platform pembelajaran sebenar kepada pelajar dalam mengendalikan acara berskala besar. Beliau turut menjelaskan bahawa konsep Ataraxia yang diketengahkan melambangkan ketenangan dan kestabilan emosi, sekali gus membentuk masyarakat untuk lebih peka terhadap kesejahteraan diri dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu pelajar mengasah kemahiran secara praktikal, malah melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran industri seterusnya menunjukkan kemampuan mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan.
![]() |
| Dr. Krissy Ladner, Director of Sports Performance, Nutrition and Education at Herbalife |
TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program baharu bagi Slot Perdana 9 Malam tahun 2026 yang bakal bersiaran bermula Januari ini.



















.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)









Follow Us