Dunia Penuh Gosip - Datuk Fazley Yaakob Dunia Penuh Gosip: Datuk Fazley Yaakob - All Post
Memaparkan catatan dengan label Datuk Fazley Yaakob. Papar semua catatan
Selepas berbulan bertaka teki tentang hubungan mereka sehingga menjadi perhatian ramai. Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, akhirnya membuktikan keseriusan cintanya terhadap Datuk Seri Vida (DSV) menerusi lamaran romantis yang disempurnakan dengan pertunjukan 1,200 dron di ruang taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC), malam tadi.



Kejutan RM500,000 itu menyaksikan Fazley melamar Vida secara terbuka menerusi konsert yang disiarkan secara langsung di TikTok. Menurut Fazley, lamaran terbuka itu juga menjadi pengumuman kepada masyarakat mengenai status hubungan mereka sebagai dua figura awam yang sering berkongsi perkembangan kehidupan dalam media sosial.

Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran Vida memakai mahkota atau crown. Rekaan itu merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus untuk Vida, sekali gus menjadikannya simbolik kepada keistimewaan wanita tersebut di mata Fazley.