Dunia Penuh Gosip - FFM35 Dunia Penuh Gosip: FFM35 - All Post
Memaparkan catatan dengan label FFM35. Papar semua catatan
KHADAM bukan sahaja dinobatkan sebagai Filem Terbaik malah juga turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Sabtu malam.



Filem seram arahan Shamyl Othman itu membawa pulang sembilan trofi daripada 12 pencalonan dan satu Anugerah Khas Juri. Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif bernilai RM1 juta dan trofi.

Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama, iaitu Mother Bhumi, Malam Terlarang, Macai dan Abah Saya Uncle Mike.



Penerima Anugerah Khas Karyawan iaitu Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Panchacharam P. Nalliah dan pemilik dua trofi Anugerah Khas Sepanjang Zaman, Ahmad Yatim serta Fauziah Ahmad Daud turut menerima wang tunai RM10,000.

Pemenang 28 kategori menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas Karyawan dan Anugerah Khas Sepanjang Zaman menerima RM10,000 dan trofi.

Buat edisi kali ini, sebanyak 73 karya menyertai FFM35 yang merangkumi 39 filem cereka, 17 dokumentari dan 17 filem pendek.



Anugerah yang dihoskan oleh Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson itu bertemakan Spektrum Sinema yang melambangkan kepelbagaian warna, perspektif, idea serta kreativiti dalam dunia perfileman Malaysia.

Berikut ialah senarai pemenang FFM35:

Filem Terbaik: Khadam
Pengarah Terbaik: Shamyl (Khadam)
Pengarah Harapan: Ezrie Gazali (Abah Saya Uncle Mike)
Cerita Asal Terbaik: Macai
Lakon Layar Terbaik: Khadam
Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Badak)
Pelakon Wanita Terbaik: Aida Amron (Badak)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Kuben Mahadevan (Macai)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Zarra Zhaff (Khadam)
Pelakon Lelaki Harapan: Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)
Pelakon Wanita Harapan: Aila Azizul (Malam Terlarang)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: The Waves Will Carry Us
Anugerah Khas Filem Box Office: Papazola The Movie
Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik: Tarung: Unforgiven
Penyunting Terbaik: The Waves Will Carry Us
Sinematografi Terbaik: Khadam
Penataan Seni Terbaik: Mother Bhumi
Penataan Bunyi Terbaik: Khadam
Lagu Tema Terbaik: Khadam (Lagu Tak Berlagu Nyanyian Ernie Zakri)
Skor Muzik Asal Terbaik: Khadam
Kesan Khas Visual Terbaik: Malam Terlarang
Poster Terbaik: Blues
Rekaan Kostum/Busana Terbaik: Gayong 2
Tatarias/Solekan Terbaik: Khadam
Filem Pendek Terbaik: Salted Fish (Ikan Masin)
Dokumentari Terbaik: Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin
Anugerah Khas Juri 1: Aghniny Haque (Khadam)
Anugerah Khas Juri 2: Badak
Anugerah Khas Karyawan: Panchacharam P. Nalliah (Pansha)
Anugerah Khas Sepanjang Zaman 1: Ahmad Yatim
Anugerah Khas Sepanjang Zaman 2: Fauziah Ahmad Daud