Dunia Penuh Gosip - Tabiat Dunia Penuh Gosip: Tabiat - All Post
Memaparkan catatan dengan label Tabiat. Papar semua catatan
Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, baru-baru ini mendedahkan hasil penemuan Asia Pacific Health Priority Survey (Tinjau Selidik Keutamaan Kesihatan Asia Pasifik) yang mendedahkan bahawa sebahagian besar (79%) daripada responden Malaysia kini lebih menitikberatkan soal kesihatan disebabkan kesan pandemik Covid-19.



Menurut tinjau selidik itu, sehingga 75% responden Malaysia telah mengubah keutamaan kesihatan mereka selepas pandemik, dengan meningkatkan tumpuan untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif, dan mengambil pendekatan menyeluruh terhadap kesihatan. Responden Malaysia juga menyatakan bahawa menambah baik kesihatan keseluruhan (60%), memupuk tabiat makan yang sihat (52%) dan menambah baik kesihatan mental (50%) adalah tiga matlamat kesihatan utama yang ingin mereka capai, diikuti dengan meningkatkan kecergasan (50%) dan menguatkan keimunan (49%). 

Tinjau selidik itu seterusnya mendedahkan bahawa generasi berlainan mempunyai keutamaan yang berbeza dari segi usaha meningkatkan kesihatan mereka. Di seluruh Asia Pasifik, responden yang lebih berumur seperti Generasi X dan Boomers lebih fokus dalam aspek menguatkan keimunan atau daya tahan mereka terhadap penyakit (50%) berbanding dengan Generasi Z dan Milenial (42%) yang lebih muda. Sebaliknya, 46% generasi muda menganggap usaha meningkatkan kesihatan mental sebagai sebahagian penting daripada matlamat kesihatan mereka, sedangkan hanya 34% generasi lebih tua berkongsi pandangan yang sama. 

Di samping itu, walaupun 92% pengguna Malaysia yang ditinjau mengambil langkah untuk mencapai matlamat kesihatan mereka, kekurangan wang (49%) dan ketiadaan masa (48%) merupakan cabaran utama yang menghalang mereka daripada berusaha mencapai matlamat masing-masing. Untuk mengatasi cabaran tersebut, kebanyakan (61%) responden Malaysia menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai kumpulan sokongan dalam usaha mereka menambah baik kesihatan dan kesejahteraan.
 

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, "Menyedari rakyat Malaysia kini semakin mengutamakan matlamat kesihatan dan  kesejahteraan mereka, Herbalife komited untuk menyokong usaha ini melalui rangkaian produk pemakanan yang luas dan pengedar berdedikasi kami yang memberikan bimbingan khusus serta komuniti sokongan yang mendorong orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif."

"Kami juga menjalankan pelbagai program seperti Bulan Herbalife pada Mac dan Larian Herbalife yang akan berlangsung tidak lama lagi, untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif yang sihat sambil memupuk sokongan masyarakat untuk mencapai matlamat mereka." tambah Steven.

Kesanggupan Berbelanja untuk Kesihatan dan Kesejahteraan


Memandangkan pengguna di Malaysia semakin menitikberatkan soal kesihatan, tidak hairanlah ramai daripada mereka (75%) sanggup meningkatkan perbelanjaan berkaitan kesihatan dan kesejahteraan. Secara purata, sehingga 39% responden Malaysia menyatakan bahawa mereka sanggup meningkatkan perbelanjaan 6% hingga 10% untuk tujuan ini. 



Menyedari kepentingan melabur dalam kesihatan, responden Malaysia juga berkongsi cara mereka akan menggunakan perbelanjaan mereka yang lebih besar untuk:  
membuat pilihan makanan yang lebih sihat (61%)
membeli / mengambil makanan tambahan (56%)
menjalani pemeriksaan kesihatan berkala (46%)
mendapatkan rundingan kesihatan mental (26%) 
mendapatkan nasihat pakar (24%) 

Jelas daripada hasil tinjau selidik ini, rakyat Malaysia menghargai peranan utama yang dimainkan oleh pemakanan untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan kecergasan dalam jangka panjang.

Manfaat Kumpulan Sokongan


Apabila berbicara tentang matlamat kesihatan atau membuat perubahan gaya hidup yang positif, adalah amat mencabar untuk mengekalkan komitmen dan motivasi sepanjang masa. Pada hakikat ini, kumpulan sokongan memainkan peranan penting dalam usaha mengatasi cabaran bagi meningkatkan kemungkinan mencapai matlamat, satu sentimen yang diluahkan oleh responden Malaysia (61%).



Manfaat yang dianggap boleh didapati daripada kumpulan sokongan termasuk:
memberi bimbingan dan galakan (58%) 
berkongsi pengalaman dan ilmu berharga (54%)
mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan (53%) 
mewujudkan kebertanggungjawaban dalam usaha meningkatkan kesihatan (43%)

Tinjau Selidik Keutamaan Kesihatan Herbalife yang dikendalikan pada April 2023, mendapatkan maklumat balas 5,504 pengguna berusia 18 hingga 78 tahun di 11 pasaran Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.