Dunia Penuh Gosip - UTAR Dunia Penuh Gosip: UTAR - All Post
Memaparkan catatan dengan label UTAR. Papar semua catatan
Menyedari nilai pendedahan industri untuk melengkapi pembelajaran di dewan kuliah, Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan terulung, terus mengukuhkan kerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dengan menganjurkan siri sesi perkongsian ilmu dan bengkel di kampus.



Sesi-sesi yang diadakan baru-baru ini, telah menghimpunkan pelajar daripada Fakulti Sains UTAR bersama warga komuniti dan pengedar Herbalife untuk meneroka aplikasi ilmu saintifik dalam bidang pemakanan sukan, pengurusan berat berasaskan bukti serta etika profesional dalam pemakanan dan kesejahteraan. Dikendalikan oleh pakar-pakar Herbalife, sesi-sesi perkongsian ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang bagaimana prinsip pemakanan diamalkan dalam persekitaran dunia sebenar dan turut memperluas pemahaman mereka mengenai pengetahuan dan pertimbangan yang diperlukan dalam amalan profesional. 

Lin Wee, Pengurus Besar dan Pengarah Herbalife Malaysia dan Singapura, berkata, “Seiring dengan perkembangan sektor pemakanan dan kesejahteraan, pendedahan industri memainkan peranan penting untuk mempersiapkan pelajar membina kerjaya masa depan. Menerusi usaha asma kami dengan UTAR, kami bertekad untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara langsung daripada pakar-pakar industri dan mendapatkan perspektif yang lebih luas melangkaui pembelajaran di dewan kuliah. Kami berharap program ini dapat melahirkan golongan profesional masa depan yang bersedia untuk mengamalkan ilmu masing-masing secara bertanggungjawab dan menyumbang kepada usaha menambah baik kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.”



Dr. Lim Tuck Meng, Dekan Fakulti Sains, UTAR, berkata, “Kajian sains pemakanan merupakan antara tumpuan utama di UTAR, khususnya untuk menangani cabaran kesihatan awam sedia ada seperti obesiti dan penyakit kardiometabolik. Penyelidikan kami merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan suplemen penurunan berat badan, trend diet yang semakin mendapat perhatian serta persepsi pengguna terhadap pemakanan dalam rangkaian pengedaran. Menerusi kerjasama dengan Herbalife, kami berusaha membawakan ilmu penyelidikan ini ke luar dunia akademik sekali gus menggalakkan perbualan lebih luas tentang pemakanan dan kesihatan.” 

Sesi pertama dikendalikan oleh Dr Krissy Ladner, Pengarah Prestasi Sukan dan Pendidikan Pemakanan di Herbalife, bertajuk “Pemakanan Sukan dan Aktiviti Fizikal untuk Kesihatan dan Prestasi”. Berbekalkan pengalaman industri selama 20 tahun, Dr Ladner meneroka bagaimana fisiologi senaman mempengaruhi pemakanan sukan dan mengapa keperluan pemakanan individu adalah penting untuk memberikan panduan yang berkesan. Beliau juga memperkenalkan keberkalaan nutrien, yang menunjukkan bagaimana pengambilan makanan dan nutrien boleh dilaraskan untuk memenuhi keperluan latihan bagi menyokong prestasi, pemulihan dan kesihatan keseluruhan. 



Sesi kedua bertajuk “Pengurusan Berat Berasaskan Bukti: Perspektif Semasa dan Amalan Terbaik” dikendalikan oleh Dr Simon Sum, Pengarah Hal Ehwal Saintifik di Herbalife. Dalam sesi ini, Dr Sum mengupas perkembangan terkini dalam pengurusan obesiti dengan meneliti situasi obesiti di Malaysia serta faktor gaya hidup yang menyumbang kepada cabaran tersebut. Beliau juga membincangkan pendekatan kontemporari dalam pengurusan berat, termasuk pengubahsuaian diet, strategi penggantian makanan dan terapi tambahan seperti glucagon-like peptide-1 (GLP-1). Perkongsian ini memberikan pendedah kepada pelajar tentang pendekatan dan pertimbangan yang beransur ubah dalam pengurusan obesiti. 

Komponen akhir program ini terdiri daripada Bengkel Amalan Profesional dan Beretika dalam Pemakanan dan Kesejahteraan yang diadakan secara eksklusif untuk pengedar Herbalife di UTAR Kampar dan UTAR Sungai Long. Dianjurkan oleh UTAR dengan sesi yang dikendalikan oleh pakar jemputan dan anggota fakulti universiti, bengkel ini memberi tumpuan terhadap kesedaran tentang Akta Profesional Kesihatan Bersekutu dan peranan masing-masing dan skop amalan bagi pakar diet dan pemakanan, untuk membantu pengedar memahami batas peranan masing-masing semasa menyokong pelanggan. Sesi mengenai Kod Tatalaku Herbalife turut menekankan kepentingan amalan beretika dan perlindungan pengguna. Sesi-sesi tambahan pula merangkumi trend pemakanan dan kesihatan di Malaysia serta pendekatan bagi mencegah dan menguruskan obesiti. 



Kerjasama dengan UTAR adalah sebahagian daripada usaha berterusan Herbalife untuk menambah baik pendidikan pemakanan di Malaysia. Selama ini, Herbalife telah berganding bahu dengan universiti dan organisasi tempatan, termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), melibatkan lebih daripada 5,000 pelajar, atlet dan profesional kesihatan yang sedang meningkat naik. Herbalife juga telah bekerjasama dengan badan-badan profesional seperti Institut Sukan Negara, Persatuan Perubatan Sukan Malaysia  (MASM) dan Persatuan Senaman dan Sains Sukan Malaysia (MESSA) untuk mempromosikan sains pemakanan dan menyokong komuniti yang lebih sihat di seluruh negara.