AFFM 24 Terus Tabal Yg Terbaik | Dunia Penuh Gosip

AFFM 24 Terus Tabal Yg Terbaik

Tahniah kepada pemenang kali kedua berturut2 Syamsul dan juga KRU pada Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 24 baru2 ini di Putrajaya. Ini menyatakan bahawa mereka benar2 layak untuk menang dan menghasilkan karya yg terbaik. Walaupun di saingi oleh mereka yg lebih otai dalam dunia perfileman ini tidak membuatkan nama baru seperti mereka ini tenggelam. Malah ini menunjukkan karya org muda lebih dekat di hati peminat.

Majoriti kemenangan pada mlm itu dikuasai oleh dua nama yg penuh pengaruh ini. Syamsul yg memenangi untuk kali kedua berturut2 bagi kategori Pengarah Terbaik manakala KRU memenangi Anugerah Filem Terbaik untuk kali kedua berturut2 juga. Sebelum itu nama mereka sahaja disebut oleh penyampai dan kadang2 jer baru ada pemenang lain itu pun untuk kategori tak berapa popular.

Mungkin dah tiba masa pengarah dan juga penerbit filem tempatan meilhat kepada generasi muda dan mula mengikut rentak org muda untuk memastikan bahawa hasil karya filem tempatan tidak ketinggalan. Selain itu juga kita leh lihat kemenangan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik juga org muda. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan disini disenarikan semua senarai penuh barisan pemenang di AFFM 24.

1. Anugerah Box Office – KL Gangster
2. Anugerah Khas Juri Yang Pertama – Sidik Hussien
3. Anugerah Khas Juri Yang Kedua – Filem Libas
4. Anugerah Khas Juri Yang Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
5. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
6. Anugerah Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
7. Anugerah Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
9. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Filem Libas
10. Anugerah Lakon Layar Terbaik – KL Gangster
11. Anugerah Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
12. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
13. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun)
14. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
15. Anugerah Pencapaian Gemilang – Dato Michelle Yeoh
16. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin)
17. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
18. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat  – Tan Sri Jins Shamsuddin
19. Anugerah Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster)
20. Anugerah Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa





0 comments: