Maharaja Lawak Mega Minggu Ketiga Juri Makin Pedas | Dunia Penuh Gosip

Maharaja Lawak Mega Minggu Ketiga Juri Makin Pedas

Dari minggu ke minggu makin hangat gelanggang lawak tempatan apabila makin panas dengan kritikan daripada juri. Tapi apabila terlalu pedas ramai pulak yg tidak puas hati dan ramai yg sentiasa rasa ada tak kena. Ini lah berlaku kepada Maharaja Lawak Mega apabila juri terlalu str8 makin ramai yg bersuara. Tapi bagi peringkar Maharaja Lawak Mega ini memang sepatutnya juri bertindak sedemikian.

 

Kritikan yg terus terang daripada Dato Chef Wan kepada semua persembahan perserta membuatkan ramai pihak tidak senang. Kerana daripada tindakan itulah juga ramai peserta yg byk melakukan perubahan makin baik kepada lebih baik. Dan memang sepatutnya pun pada level ini kritikan harus lebih telus dan jujur agar semua peserta otai2 ini tidak shok sendiri.

Kritikan daripada Zainal Abidni Hassan adalah sederhana dan seperti juri2 lain sebelum ini. Kadang-kadang kritikan beliau lebih selamat kepada semua peserta. Manakala Dato Siti Nurhaliza pula terlalu berjaga-jaga ketika memberi komen. Mungkin kerana nak menjaga hati semua peserta atau nak menjaga kredebeliti beliau sebagai seorang artis yg dikenali dengan kata2 yg cukup berhati-hati.

Namun peserta perlu lebih terbuka dalam menerima semua kritikan juri kerana ia adalah bertujuan membantu mereka bukan untuk menjatuhkan mereka. Pada penonton pulak jgn nak terlalu emo atas semua komen2 juri kerana itu semua kepada peserta. Ini semua nak drama jer kadang2 jng nak terlalu emo sgt ok..

0 comments: