Juara Raja Lawak 6 Milik Shiro | Dunia Penuh Gosip

Juara Raja Lawak 6 Milik Shiro

Seperti semua tahu debaran menunggu peringkat akhir Raja Lawak cukup membuatkan penonton bedebar-debar dan rasa sangat getir. Ini kerana kali ini semua peserta sama hebat dan sama lavel tahap kematangan dalam menghasilkan lawak berkualiti. Itu menambah beban lagi kepada para penonton untuk memilih juara Raja Lawak bagi musim ke 6 ini.

Berbekalkan pengalaman dan juga kebiasaan kumpulan Shiro di layar tv menjadikan mereka tidak kekok untuk menghasilkan lawak yg slamber saja. Sejurus dengan itu mereka terus di nobatkan sebagai juara Raja Lawak 6 yg telah belangsung semalam di dewan Sivik MPPJ. Di hadiri lebih dari 5ribu penonton menjadikan suasana dalam dewan gamat dan tidak terkata dengan gelak tawa penonton.


Pastinya rakan2 sepejuangan lain turun memberi impak kepada persembahan mereka seperti kumpulan Zero yg ramai pihak meramalkan mereka bakal menjulang juara. Namun rezeki tidak menyebelahi kumpulan bersal dari Kudat Sabah ini hanya berda di tempat naib juara yg membawa pulang wang ringgit RM50ribu berserta trofi dan barangan elektrik.

Turut memberi saingan satu2 kumpulan dari utara tanah air kumpulan Cuit. Gabungan 3 kepala ini menjadikan persembahan mereka cukup mantap dan hebat yg berada di tangga ke 3. Pasti kumpulan gulungan lama iaitu 2yol mengimbau kembali zaman po yeh yeh dengan persembahan muzikal mereka. Berpuasa hati dengan tangga ke 4 kumpulan ini tidak pernah kecewa. Berakhirnya Raja Lawak maka bertambah lagi generasi pelawak dan pelakon tanah air negara.


0 comments: