Artis Wanita Berhijab Tercalon Anugerah Muzik Antarabangsa | Dunia Penuh Gosip

Artis Wanita Berhijab Tercalon Anugerah Muzik Antarabangsa

Setelah kejayaan penyanyi comel molek dengan hijab ini di peringkat Asia baru2 ini telah menaikkan populariti beliau sebagai artis Asia yg hebat. Kesinambungan kejayaan itu di teruskan lagi oleh plantun lagu Patah Seribu ini apabila beliau sekali lagi tersenarai dalam Top 40 artis wanita seluruh dunia untuk satu anugerah paling berprestij di dunia. World Music Awards 2012 Shila Amzah tercalon untuk kategori Artis Wanita Terbaik Dunia bersama barisan artis2 hebat luar negara antaranya Raihanna, Katy Perry, Lady Gaga, Shakira, Taylor Swift dan ramai lagi.


Wowww satu lagi kehebatan artis tempatan di mata dunia apabila Shila Amzah terus tercalon untuk ketegori yg mencari artis dengan album dan lagu hits seluruh dunia. Tapi agak kecewa kerana gambar Shila Amzah dalam senarai itu masih pada gambar lama. Adakah pihak penganjur terlepas pandang atau pun pengurusan di Malaysia yg telah memberi gambar ini kepada mereka. Adakah masih ada diskriminasi terhadap wanita berhijab oleh artis2 atau pun peminat luar negara terutama di Amerika. 


Sepatutnya Shila Amzah bangga dengan image baru beliau itu dan satu2nya wanita Islam bertudung yg layak untuk satu anugerah besar ini. Adakah nanti kalau di letakkan pic Shila bertudung akan mengakibatkan org tiadak mengundi atau sebaliknya terlalu byk undi untuk Shila. Apa pun perkara ini semua pihak penganjur kena ambil tahu dan pihak penganjur pun perlu tahu akan sensetiviti rakyat di negara2 Islam ini. Tapi nanti mcm mana Shila nak hadiri majlis itu dengan berhijab adakah mereka bagi masuk atau Shila tidak hadir terus majlis anugerah tersebut, itu terpulang pada Shila sendiri.

All the best untuk Shila Amzah satu lagi Ikon negara yg telah membawa negara kita ke persada pentas dunia. Majlis anugerah yg akan berlangsung pada 20 Desember 2012 hari Khamis bertempat di Miami FL pasti meriah denagn persembahan dan juga barisan artis seluruh dunia. Selepas ini tugasan anda untuk terus mengundi artis Malaysia ini. Undi jng tak undi ok layari http://www.worldmusicawards.com dan klik pada vote dan pilih nama Shila Amzah kita naik kan artis tempatan kita ok. Apa lagi ajak ramai2 untuk  mengundi Shila Amzah ok.. Go Shila Go Shila...





0 comments: