Shila Amzah Gegarkan AS | Dunia Penuh Gosip

Shila Amzah Gegarkan AS

Setelah mengejutkan negara dengan kejayaan di tanah besar China kini penyanyi cute and comel ini akan terus membanggakan kita dengan bakal membuat persembahan di AS. Ini adalah bersemperna dengan World Music Awards 2012 yg akan di adakan di Marlins Park, Miami, Amerika Syarikat. Wow akhirnya artis bertudung negara bakal mengegarkan tanah Amerika itu dengan gaya persembahan Asia.


Apa lak reaksi mereka bila Shila buat persembahan nanti. Adakah ini sekadar propaganda mereka untuk menyatakan bahawa mereka bukan Anti Islam kepada dunia. Atau untuk menarik minat org Islam menyokong mereka selepas apa yg mereka lakukan di Gaza. Namun apa pun niat Shila Amzah untuk menghibur dan menaikkan martabat Malaysia khususnya dan juga org Islam seluruh dunia amnya.

Kami bagi rakyat Malaysia bangga dan sungguh kagum dengan artis negara ini. Menurut Shila, dia perlu mendapatkan dua visa daripada kedutaan Amerika Syarikat iaitu visa pelancongan dan visa persembahan. Pada acara itu nanti beliau akan memyampaikan dua buah lagu dan kemungkinan besar lagu yang pernah beliau nyanyikan ketika bertanding di Shanghai. Dalam pada itu, Shila tidak meletakkan harapan tinggi bagaimanapun berjanji akan memberikan yang terbaik dan dapat mempamerkan bakat dan mengharumkan nama Malaysia.





0 comments: