Ujibakat Akademi Fantasia 10 Telah Dibuka | Dunia Penuh Gosip

Ujibakat Akademi Fantasia 10 Telah Dibuka

Setelah hampir 2 tahun kehangatan program realiti yg penuh dengan kejutan itu meninggalkan peminat mereka dari kaca tv. Tapi kini ia bakal kembali dengan penuh lagi kejutan kerana Akademi Fantasia 10 kini tiba ke fasa ujibakat. Setelah majlis pelancaran di umumkan oleh Astro baru-baru ini makan betul lah ura-ura mengatakan bahawa AF kini kembali. Tampil dengan format baru kini AF10 dilihat lebih segar dan lebih terkini.

 

Dengan memberi peluang kepada peserta untuk tampil solo atau duo menjadikan peluang AF10 kali ini lebih luas dan jarak umur yg lebih bnyk membuka peluang pada mereka yg tidak sempat merasai dunia AF terdahulu. Uji bakat bakal berlangsung seperti jadual di bawah.


Sapa yg rasa diri tu berbakat boleh tampil untuk menyerlahkan bakat anda dalam dunia nyanyian ini. Jangan pendam bakat anda kerana ini adalah peluang keemasan yg dtg sekali. Tapi pastikan anda sedia dengan latihan dan juga kesungguhan dtg penuh semangat agar tak sia2 kena bantai oleh juri. 

Syarat-Syarat Ujibakat:

  1. Penyertaan terbuka kepada peserta Solo dan Duo
  2. Penyertaan 18 – 35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
  3. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura
  4. 1 Salinan kad pengenalan untuk warganegara Malaysia dan untuk warganegara Singapura mereka dikehendaki membawa salinan kad pengenalan Singapura dan Salinan Pasport Singapura
  5. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari aras pinggang)
  6. Bebas menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella.
  7. Borang penyertaan boleh di muat turun di laman Akademi Fantasia
Tapi AF10 ni lebih hangat apabila gosip liar menyatakan bahawa pelawak Zizan Razak bakal menjadi pengacara untuk program ini. Tapi adakah ia benar atau sekadar gosip untuk menaikkan rangking program ini semula. Tapi apa pun perubahan yg positif ini dapat memeriahkan lagi industri kita kerana kita pelu pada perubahan dan juga aura baru. Tapi nanti bila bab2 sedih tak boleh nak nangis lah mesti nak ketawa kalau Zizan mengacara huhuhuhu.


Lepas ni bakal lahir satu lagi bintang dlm duni seni muzik tempatan ini. Makin meriahlah negara kita dengan bakal2 juara peringkat antarabangsa seperti Hafiz dan ramai lagi. Mungkin akan jadi bakat sehebat Shila Hamzah juga mana tahukan...




0 comments: