Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Milik Syura | Dunia Penuh Gosip

Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Milik Syura

Setelah sekian lama penyanyi ini menyepi dalam dunia hiburan tanahair dan kini muncul buat pertama kali dalam sebuah porgram realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2 dengan penuh kejayaan. Ini apabila penyanyi Syura telah di nobatkan sebagai Juara Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2 seperti mana yg telah digosipkan sebelum ini.


Program akhir Masterchef Selebriti Malaysia telah berlangsung mlm tadi dengan gemilangnya, dimana kedua-dua peserta akhir iaitu Celina dan Syura telah bertarung dalam menyediakan masakan untuk Business Class dalam penerbangan MAS. Di medan masak dapur product makanan sejuk beku Brahim Syura dan Celina diminta untuk menyediakan tiga menu hidangan daripada pembuka selera, hidangan utama dan juga pencuci mulut.

Ternyata pengalaman memasak untuk keluarga di gunakan sebaik mungkin oleh Syura dalam menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang untuk di hidangkan kepada semua para juri mlm tersebut. Manakala Celina mengunakan kemahiran masakan antarabangsa yg memang menjadi kepakaran beliau dalam pertaruhan akhir mlm tadi. Namun nasib menyebelahi Syura apabila ketiga-tiga hidangan beliau menambat hati semua juri pada mlm itu yang terdiri daripada chef MAS dan juga Brahim.

Majlis penyampaian hadiah akhir mlm tadi turu dihadiri oleh bekas juara Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama iaitu Dato Fadzli dan juga rakan2 seperjuangan yg telah tersingkir awl. Namun menurut Syura kejayaan ini byk didorong oleh keluarga terutama suami tercinta dan anak2, juga tidak di lupakan kepada ibu beliau yg kini sedang sakit. Tahniah buat Syura yang berjaya memenangi gelaran Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 dan juga membawa pulang penerbangan pergi balik ker Paris serta wang tunai.



1 ulasan: