Maharaja Lawak Mega 2013 Bakal Menggeletek Anda | Dunia Penuh Gosip

Maharaja Lawak Mega 2013 Bakal Menggeletek Anda

Telah masuk musim ke 3 Maharaja Lawak Mega 2013, masih mengekalkan format lama dimana terdapat peserta yg layak dan juga peserta yg akan mengejar hot seat untuk 3 tempat lagi. Senarai peserta masih terdapat peserta lama dan juga peserta baru hasil gabungan muka lama dam muka baru. Kumpulan baru yg masuk adalah Wala,Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai dan SYJ


Terdapat juga peserta yg merebut kerusi panas di mana 12 kumpulan bakal berentap bagi merebut peluang terpilih secara automatik ke pentas Maharaja Lawak Mega 2013 kelak. 12 kumpulan yang bakal berentap ialah Shake, Glory,Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross. Manakala pengacara juga masih di kekalkan iaitu Dato AC Mizal yg memang kita tahu kelakarnya bila pulak turn Dato untuk masuk Maharaja Lawak Mega ni.


Juga penjuri masih di kekalkan iaitu 70% juri tetap manakala 30% daripada undian SMS para penonton di rumah. Tak sabar untuk menyaksikan gelagat pelawak otai Malaysia, Indonesia dan Singapura bersaing. Sapalah bakal menjadi juara untuk musim ketiga seperti mana Osbon dan juga Jozan sebelum ini. Adakah Sephatu bakal juara kerana adanya Jep dalam kumpulan itu. Nantikan kehebatan mereka setiap Jumaat bermula 8 Nov 2013 di Astro Warna.







0 comments: