Tajaan 13Juta Pun Salah Bukan Duit Korangkan - Rozita & Zain | Dunia Penuh Gosip

Tajaan 13Juta Pun Salah Bukan Duit Korangkan - Rozita & Zain

Dasyat apabila majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti 2013 apabila telah mendapat tajaan perkahwinan sebanyak RM13 juta. Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ,40, dia mengganggap segala tajaan untuk hari bahagia itu nanti adalah sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan bakal suami Zain Saidin, 29. "Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya," Katanya kepada Harian Metro. 
 

Jelas Che Ta lagi, dia tidak mahu ramai pihak salah pihak yang mana segala urusan penajaan bukanlah diminta olehnya tetapi penaja terbabit yang mencarinya dan menawarkan kesudian untuk menaja. "Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu."

Antara penaja terbesar perkahwinan pasangan ini ialah barang kemas Habib Jewels iaitu sebanyak RM10 juta selain 27 penaja lain seperti Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photograpy, Manggis Production, Kad Lestari dan Seri Catering. Sementara itu, pasangan ini menafikan dakwaan yang mengatakan mereka telah berhutang dengan pihak bank yang mana sebaliknya segala persiapan barang hantaran seperti cincin nikah dan kahwin adalah hasil duit mereka sendiri.

Rozita bakal menerima wang hantaran daripada Zain bernilai RM23 ribu yang merupakan simbolik kepada tarikh lahir Zain selain mas kahwin sebanyak RM9,300 yang turut sempena tarikh lahir Che Ta berserta sebentuk cincin kahwin dianggar RM93 ribu. Pasangan ini akan bernikah 11 Disember depan di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat maghrib dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria saluran 104 bagi majlis akad nikah dan persandingan nanti.

Pasangan ini yang seperti pinang dibelah dua ini juga sudah berkira-kira untuk bercuti selama 19 hari selepas majlis persandingan dan memilih mengelilingi Eropah seperti Rom, Milan, Venice, Frankfurt, Amsterdam untuk menikmati saat bulan madu.


 *Berita daripada Yahoo Malaysia







0 comments: