Hafiz Gagal Pertahan Vokal Terbaik | Dunia Penuh Gosip

Hafiz Gagal Pertahan Vokal Terbaik

Berlangsung sudah dengan penuh meriah majlis Anugerah Juara Lagu ke 28 semalam di Stadium Putra Bukit Jalil di pancarkan langsung di TV3. Majlis setiap tahun ini menjadi detik yg di nantikan oleh semua peminat dan juga penggiat seni muzik tanah air. Seperti di ramalkan juara milik lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan pasangan suami isteri LY dan Baiduri menjadi kenyataan. Hafiz juga berjaya membawa pulang juara bagi persembahan terbaik undian daripada penonton.


Senarai penuh pemenang pada mlm Anugerah Juara Lagu ke 28.
1. Juara - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
5. Persembahan Terbaik – Hafiz (Bahagiamu Deritaku)

Namun malang buat penyanyi ini apabila gagal mempertahankan kejuaran 3 tahun berturut-turut bagi kategori Vokal Terbaik yang pernah di menangi sebelum ini. Jacklyn Victor yg menyampaikan lagu Ikut Rentak Ku berjaya mencuri kejuaraan Vokal Terbaik pada malam tersebut. Persembahan penutup daripada barisan artis jemputan pada mlm itu cukup memukau penonton dan menjadi ingata kepada barisan peminat artis2 lama yg pernah menjadi pemenang dan finalis AJL terdahulu. 

Persembahan Ziana Zain paling di tunggu ramai peminat dengan mendapat sorakan tidak henti-henti. Manakala persembahan Dato M Daud Kilau juga masit menyengat dan tidak dapat di lupakan oleh peminat. Tahniah buat semua baraisan pemenang dan juga tahniah kepada TV3 kerana berjaya sekali lagi meningkatkan taraf musik tempatan.








0 comments: