Undian Awal Untuk ABPBH 2013 Sudah Bermula! | Dunia Penuh Gosip

Undian Awal Untuk ABPBH 2013 Sudah Bermula!

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), acara gilang-gemilang yang memartabatkan para penggiat seni tanah air, kembali lagi dengan tema 'Magis Alam' yang merangkumi empat elemen iaitu tanah, api, air dan angin. Kesemua elemen ini akan diekspresikan pada malam anugerah berprestij ABPBH 2013 pada 6 April 2014 bertempat di Area of Stars, Genting Highlands. 


Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur ABPBH 2013, Shamshul Azree Samshir berkata, "Berita Harian sebagai akhbar 'Merentas Generasi' teruja kembali menganjurkan anugerah berprestij ini yang masih lagi relevan dalam mengukur populariti artis.

"Begitulah diibaratkan industri hiburan tempatan yang merangkumi artis, peminat, produk, pasaran, kreativiti pengkarya dan pelbagai elemen lain yang berkembang seiring dengan peredaran masa. Semua elemen ini berevolusi sama seperti pentas ABPBH yang tampil dengan konsep dan idea berbeza setiap tahun." Kembali ke lokasi lama yang begitu sinonim dengan ABPBH, seramai 322 selebriti dan personaliti tanah air akan bersaing pada pusingan awal yang merangkumi 15 kategori utama bagi merebut gelaran Bintang Paling Popular. 


Borang pencalonan pusingan awal ABPBH 2013 boleh didapati dalam akhbar Berita Harian (termasuk Berita Harian Ahad) bermula hari ini sehingga 29 Disember 2013, memberi kuasa kepada para peminat menentukan calon lima terakhir bagi setiap kategori.

Selain menjulang para artis, ABPBH juga merupakan anugerah yang mengiktiraf pembaca bertuah melalui kaedah 'undi dan menang', dimana mereka yang terpilih bakal menerima hadiah seperti iPad Mini, Samsung Galaxy Note II dan jam tangan berjenama yang disediakan penganjur.

Mengikut peredaran semasa yang majoritinya didominasi media sosial, Berita Harian turut menganjurkan kategori sampingan yang boleh diundi secara online di laman sesawang rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my bermula 4 Disember. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Gandingan Serasi Di Layar, Watak Jahat Dalam Drama/Filem dan Artis Berpengaruh Di Laman Sosial. Dua kategori baru turut diperkenalkan iaitu Chef Selebriti Paling Popular dan Aksi Di YouTube Paling Popular.



*Sumber daripada website ABPBH




0 comments: