Anda Berbakat Mengacara Pencarian Pengacara Go Shop Sampai Ke Kemuncak | Dunia Penuh Gosip

Anda Berbakat Mengacara Pencarian Pengacara Go Shop Sampai Ke Kemuncak

Go Shop adalah satu2nya saluran membeli belah secara interaktif yang menyampaikan barangan jualan dengan cara demonstrasi secara langsung kepada penonton. Sebelum ini juga kita banyak di sogokkan dengan program pembelian secara tv tetapi tidak sehebat Go Shop yang tampil lain dengan penyampai yang ceria dan menarik.


Dengan itu Go Shop telah membuka peluang kepada mereka yang berbakat dalam dunia pengacaraan di luar sana untuk menyelah bakat mereka dalam program ini. Pencarian pengacara Go Shop telah di buka lama dan kini sampai kemuncak dimana ujibakat akan di adakan pada 30 Mei 2015 ini di Studio Go Shop Astro sendiri.


Bagi yang berbakat besar boleh cuba bakat anda di sini dan terus maju dalam dunia pengacaraan sepertimana penyampai2 yang sedia ada sekarang. Dapat bertemu mereka secara live di Studio Go Shop Astro membuka mata bahawa kerja sebagai penyampai ini adalah amat sukar dan perlu kepada ketelitian. Berkenal bersama penyampai yang mesra seperti Jimmy, Rai, Syakirin dan Syamin sungguh bermakna buat kami.

Saksikan video Blogger berada di studio Go Shop dan pengalaman mereka mengacara di sini >>







0 comments: