Humood Alkhudher Tak Sangka Lagu Kun Anta Di Terima Hebat Di Malaysia | Dunia Penuh Gosip

Humood Alkhudher Tak Sangka Lagu Kun Anta Di Terima Hebat Di Malaysia

Kalau sebelum ini sebut sahaja nama Humood Alkhudher ramai tertanya2 siapakah beliau. Tapi sapa sangka dunia serba canggih dan kehebatan social media menjadikan nama tersebut begitu popular di Malaysia sejak dua menjak ini. Kini menjadi siulan lagu Kun Anta yang telah menjadi viral di laman Dubsmash dan juga Youtube. Tambah2 lagi wanita yang tidak dapat menahan melihat wajah berseri pemilik lagu ini.


Tidak pernah terfikir di minda penyanyi Humood Alkhudher untuk datang mempromosikan album beliau di Malaysia. Tapi akibat penangan social media melonjak nama beliau sehingga begitu ramai yang meniru video lagu beliau membawa penyanyi yang berasal dari Kuwait ini untuk mempromosikan album baru beliau di sini. Album yang memuatkan 10 buah lagu ini kini dalam rangka promosi di Malaysia dan beliau telah berada di sini sejak dari 6 Jun lagi.

Penyanyi yang berusia 26 tahun ini begitu tekejut kerana tidak menyangka sambutan hebat peminat muzik arab di Malaysia. "Mungkin saya akan merakamkan lagu Kun Anta dalam versi Bahasa Melayu atau lagu lain yang sesuai dengan cita rasa peminat di sini,” katanya. Kun Anta bermaksud Be Yourself sudah mencatat 13,065,717 tontonan di Youtube.


Bagi peminat wanita di Malaysia mesti ramai yang kecewa kerana rupanya penyanyi ini sudah pun berumah tangga. Menyentuh sisi peribadinya, Humood yang mendirikan rumah tangga empat tahun lalu mengakui berulang alik dari Kuwait ke Boston, Amerika Syarikat kerana isterinya menyambung pengajian dalam bidang Penulisan Kreatif. Beliau akan datang ke Malaysia lagi untuk menjayakan konsert Ku Mohon anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) di Stadium Malawati, Shah Alam pada pada 31 Oktober nanti.








Mungkin saya akan merakamkan lagu Kun Anta dalam versi Bahasa Melayu atau lagu lain yang sesuai dengan cita rasa peminat di sini,” katanya - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57927#sthash.buEQh8Ez.dpuf
Humood Alkhudher
Humood Alkhudher

1 ulasan:

  1. fuyoo..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2015/06/ramadhan-bulan-makanan-atau-bulan.html

    BalasPadam