Archive for Oktober 2015

Kontroversi Menjulang Zizan Juara Super Spontan All Stars

Walaupun hidupnya kini penuh kontriversi dan pelbagai isu yang di perkatakan di dalam dada akhbar, di media social dan macam2 lagi tentang artis ini. Zizan siapa tidak kenal yang daripada isu percintaan, isu lawak tak menjadi, isu kalah banyak anugerah, isu menngakibatkan artis lain di gugurkan dari produksi filem dan macam2 lagi. Kalau cari di internet semua isu tentang artis ini sangat2 begitu hangat.


Tapi itu semua tidak menggugat Zizan untuk terus berada dalam dunia senia tanahair. Kejayaan demi kejayaan di cipta buat Zizan dalam situasi yang penuh kontroversi ini. Pertama melalui kejayaan lakonan beliau melalui filem Polis EVO yang telah berjaya pecah panggung dengan kutipan 17Juta. Sungguh mengkagumkan atas kejayaan ini mungkin semua isu ini membangkitkan filem ini.

Malam ini pula sekali lagi Zizan membuktikan bahaya beliau masih ada peminat dan masih mampu menghiburkan dunia seni tanahair. Beliau yang telah menyertai Super Spontan All Stars selama 10 minggu semalam di nobatkan sebagai juara Super Spontan All Stars. Beliau berjaya mengalahkan Johan, Achey, Pak Yus, Rahim dan Tokey. Keputusan yang mengejutkan dan begitu bermakna buat Zizan yang turut mengalirkan air mata tidak percaya di nobatkan sebagai juara.


Zizan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.00 dan juga sebuah motorsikal kuasa besar. Manakal Johan mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM75,000.00. Di tempat ke tiga pula milik Achey yang menerima wang tunai RM50,000.00, Pak Yus tempat ke empat membawa pulang wang tunai RM30,000.00, manakala Rahim membawa pulang RM10,000.00 dan Taukey tempat ke 6 wang tunai RM5,000.00.

Adakah ini pertanda bahawa Zizan akan bangkit semula daripada segala kontroversi ini. Adakah tahun 2016 akan membawa lebih banyak kejayaan dan kegemilangan Zizan. Sama2 kita saksikan dan nantikan adakah Zizan tidak terus lupa diri atau terus jadi seperti dulu. Tahniah buat Zizan anda masih ada peminat.









0 comments:

Tahniah Yuna Persembahan Bertaraf Antarabangsa Dalam Yuna Live In Malaysia

Yuna dulu hanyalah insan biasa yang pergi ujibakat tetapi bukan rezeki beliau di dalam satu program realiti. Tapi kini nama Yuna bukan sahaja di sebut di Malaysia malah peringkat atarabangsa. Telah bertapak di USA dalam usaha mengembangkan bakat seni nyanyiannya. Telah menghasilkan 3 buah album di sana dan juga tidak kurang lagu2 tempatan. Kehebatan beliau tidak boleh di nafikan lagi.

Kini Yuna kembali ke negara asal dengan konsert pertamanya di Kuala Lumpur Convention Center pada 16 Okt 2015. Yuna Live In Malaysia menjadi meda beliau menyerlahkan lagi kehebatan nyanyi dan juga muzik ciptaannya sendiri di hadapan ribuan peminat yang fanatik. Pembukaan persembahan penonton dihiburkan oleh Noh dari kumpulan Hujan. Bersahaja dan penuh lawak jenaka noh menyampaikan 3 buah lagu belia sebagai pembuka konsert pada malam tersebut.


Penampilan Yuna pada malam konsert yang cukup penuh berkeyakinan juga baju yang di reka khas olah Hatta Dolmat menampilkan Yuna pada gaya yang cukup lain. Pada malam tersebutr juga Yuna menyampaikan lebih dari 20 buah lagu popular beliau dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Tidak boleh di nafikan langsung suara Yuna yang memang ternyata tiada tolok banding bersama persembahan band pada malam tersebut.



Antara lagu yang di sampaikan oleh beliau adalah Mountains, Broke Her, Rescue, Falling, Live Your Life, Come As Your Are, Sparkle, Lullabies, Mermaid, Remember My Name dan banyak lagi. Manakala lagu Melayu yang di sampaikan pada konsert malam tersebut adalah seperti Dan Sebenarnya, Lelaki, Terukir Di Bintang, Lautan, Material, Penakut dan banyak lagi. Penonton juga tidak kurang hebat memberi respond secara bersungguh di mana menyalakan handphone pabila lagu Lautan di sampaikan. 



Juga penonton semua berdiri menari bersama Yuna pada lagu Rescue. Memang memukau persembahan Yuna selama sejam setengah itu tanpa henti hanya rest Yuna minum air sahaja. Tanpa di iringi oleh persembahan penari atau apa2 sahaja prop yang unik Yuna hanya berdiri dan dengan gaya persembahan mampu membuat semua penonton bersorak riuh rendah dewan Plenary Hall KLCC pada malam tersebut.



Akhir persembahan setelah Yuna menamatkan lagunya penonton bersorak nama Yuna beramai-ramai dan inginkan lagi persembahan. Mungkin kerana sambutan yang luar biasa penonton membuatkan Yuna keluar semula ke pentas untuk menyampaikan lagu istimewa buat semua peminatnya iaitu I Wanna Go. Peminat terus bersorak dengan riuhnya dan juga terus ke depan pentas untuk sama2 menyanyi dengan Yuna memang meriah sangat persembahan pada malam tu.



Good luck buat Yuna dan moga terus berjaya dengan bidang muzik yang di ceburi dan mengharumkan nama negara di luar sana. Agar Yuna tidak lupa asal usulnya dan jangan toleh ke belakang untuk berjaya. Peminat di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan beliau dan akan ada lagi konsert akan datang dari Yuna. Terima kasih kepada Tune Protect atas tiket percuma membawa kami kepada Yuna.









1 comments:

Gegar Vaganza Musim Ke 2 Barisan 12 Artis Mantap Dan Menyengat

Setelah taman musim pertama Gegar Vaganza yang menobatkan Ayai Illusi sebagai juara dan kini kembali lagi dengan musim ke 2. Program realiti yang menggabungkan artis2 malar segar setiap minggu pastikan mengimbau kembali memori kehebatan nyanyian mereka. Kebanyakan artis yang menyertai program ini adalah mereka yang pernah mencipta nama dalam dunia muzik tempatan.


Di sini senarai 12 artis yang bertanding untuk Gegar Vaganza Musim ke 2 yang akan bermula Ahad ini. Barisan artis lelaki adalah Amir Ukays, Nizam Laksamana, Zul Handyblack, Achong Sweetchild, Ezad Exist dan Nassier Wahab. Manakal barisan artis perempuan pulak adalah Ezlynn, Siti Nordiana, Haiza, Faradhiya, Azian Mazwan Safuan dan Sheeda.


Jika anda nak melihat kehebatan mereka beraksi setiap minggu dengan lagu2 yang baru dan juga menguji kehebatan mereka semula boleh di saksikan di Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD setiap hari Ahad jam 9.00 malam. Di bawakan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam.

Gegar Vaganza 2 turut mengekalkan pengacaranya dari musim pertama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse selain memberi kepercayaan sekali lagi kepada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim untuk kekal di kerusi panas juri profesional. Selain itu persembahan selingan (interlude) juga akan tetap dikekalkan pada musim ini.









0 comments:

Konsert Satu Suara Vol. 2 Dato Siti Nurhaliza 7 - 8 November 2015











0 comments:

Sufi Juara AF2015, Syamel Tempat Kedua dan Bila Tempat Ke Empat

Saat yang di nantikan telah berlangsung secara langsung semalam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) peringkat akhir Akademi Fantasi 2015. Majlis yang menonjolkan 4 orang peserta akhir yang sama2 hebat dan sama mantap. Sufi pelajar dari Singapura, Syamel pelajar dengan suara yang mantap, Bila anak kepada ahli kumpulan Wing dan juga Sharul pelajar dari Negori Sembilan.


Masing2 mempunyai kekuatan tersendiri yang tiada tandingan dan mampu merubah dunia hiburan tanahair. Pada malam akhir setiap peserta membuat dua persembahan iaitu lagu baru setiap pelajar dan juga lagu pilihan mereka sendiri. Sufi menyampaikan lagu baru Kisah Dua Muka dan juga lagu Andai Ku Bercinta lagi. Manakala Syamel menyampaikan lagu baru Hidup Dalam Mati dan juga lagu Hazama Sampai Mati. Bila pula menyampaikan lagu baru ciptaan Edry iaitu Diam Saja dan juga lagu Karma. Terakhir Sharul menyanyikan lagu baru bertajuk Hanya Kamu dan lagu Bruno Mars iaitu Just The Way You Are.


Pada malam tersebut pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan juara AF 2015 dengan penuh gemilangnya. Juara milik Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Syamel yang bergelar naib juara telah memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM30,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Bila pula di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Manakala ke empat milik Sharul pula menduduki tangga keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. 

Tahniah buat semua pelajar dan juga kini telah bergelar artis dengan single terbaru masing2. Tahniah juga kepada barisan tenaga pengajar yang hebat melahirkan juara dan juga pelajar yang lebih matang dan suara lebih mantap. Juri pada malam akhir juga tidak kurang hebat memberi komen yang bernas daripada Dato Ramli MS, Fauziah Ahmad Daud, Dato AC Mizal dan juga Datuk Aznil Hj Nawawi.









0 comments:

Tahniah Semua Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015

Berlangsung secara langsung di Suntec Singapura, Anugerah Planet Muzik telah menobatkan pemenang bagi setiap kategori yang di pertandingkan. 12 anugerah kategori terbaik, manakala 5 anugerah kategori popular dan 2 anugerah khas. Tahniah kepada semua pemenang ada barisan artis baru dan juga lama yang menang dan banyak juga kejutan.


Ramai artis yang tak disangka-sangka boleh menang. Tapi persembahan pada malam anugerah ini tetap meriah dan penuh warna-warni. Walaupun ramai artis yang membuat persembahan adalah artis sama berulang kali tapi tetap meriah dan menarik. Jom kita saksikan senarai pemenang penuh Anugerah Planet Muzik 2015.


Kategori Terbaik

Artis Baru Terbaik (Lelaki) - Kunto Aji – Terlalu Lama Sendiri 
Artis Baru Terbaik (Wanita) - Elizabeth Tan – Knock Knock 
Duo/Kumpulan Terbaik - Rossa & Afgan – Kamu Yang Kutunggu 
Band Terbaik- Iman’s League feat The Lion Story – Lisa 
Kolaborasi Terbaik (Artis) - Cakra Khan & Dato’ Siti Nurhaliza – Seluruh Cinta 
Kolaborasi Terbaik (Lagu) - Jangan Coba Berlari (Sezairi) -Tulus 
Artis Terbaik Lelaki - Judika – Apakah Ini Cinta 
Artis Terbaik Wanita - Raisa – Jatuh Hati 
Lagu Terbaik (Singapura) - Lisa – Iman’s League The Lion Story 
Lagu Terbaik (Malaysia) - Assalamualaikum – Faizal Tahir 
Lagu Terbaik (Indonesia) - Terlalu Lama Sendiri – Kunto Aji 
Lagu Terbaik APM - Assalamualaikum – Faizal Tahir 

Kategori Popular

Ikon Media Sosial - Taufik Batisah 
Artis Paling Popular (Singapura) - Taufik Batisah 
Lagu Paling Popular (Singapura) - Awak Kat Mana – Taufik Batisah 
Lagu Paling Popular APM - Awak Kat Mana – Taufik Batisah 
Artis Paling Popular APM - Fatin Shidqia Lubis 

Kategori Khas

Anugerah Rentas Planet - Anggun 
Anugerah Khas Planet Muzik - Allahyarham A Ramlie & The Rythmn Boys


0 comments:

18 Warriors ke Battle untuk Takhta Kejuaraan MIMMA3 Di Stadium Putra Bukit Jalil

Acara sukan yang paling electrifying di Malaysia kembali untuk ansuran ke-3 ini 10 Okt 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil, yang menampilkan 13-serangan bakat bertarung ia keluar untuk emas, Tune Talk Invasion MMA Malaysia kejohanan tali pinggang tajuk. Satu harta Tune Talk, Musim Penjajahan Malaysia 3 Grand Final adalah kesimpulan yang Mixed Martial Arts (MMA) kejohanan kebangsaan tahun panjang dengan Pride Wanita dan Pride Luar Negeri sebagai bahagian yang baru ditambah kepada tujuh (7) kategori berat badan yang sedia ada.


Penjajahan MMA Malaysia (MIMMA) diasaskan oleh Tune Talk CEO Jason Lo serta Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin kembali pada tahun 2013 berikutan kejayaan mereka dalam bola sepak MyTeam rancangan TV realiti. Jason adalah peminat MMA tetapi menyedari tidak ada satu platform pembangunan bakat untuk mempunyai platform pertumbuhan atlet yang betul, dengan itu, MIMMA Musim 1 telah dilancarkan pada tahun 2013. Pada musim 2, semua orang terpesona dengan rekod dipecahkan dan set penanda aras, melambung kualiti pejuang dan peristiwa-peristiwa perjuangan ke tahap yang tidak disangka. Sekarang kerana MIMMA kepala ke peringkat akhir untuk musim ke-3, sejarah akan ditulis sekali lagi, dengan baka quintessential amatur MMA Juara-Juara, dengan beberapa telah meneruskan untuk bersaing secara profesional membawa kebanggaan kembali ke Malaysia.


Kejohanan MIMMA Bouts memaparkan sejumlah sembilan (9) electrifying perlawanan:

Pride Wanita:
Felicia Yunus VS Joanna Yap

Berat berat:
Darren Low (C) VS Niker Tan

Gelaran:
Seah Zhang Yu (C) VS Dhiaaul Amal

Middleweight:
Muhammad Syafiq Jamaludeen VS Muhd ​​Meeraj Omar

Pride asing:
A Karadech Seesombat VS Ahmadjon Karimov

Ringan:
Muhammad Hasrul (C) VS Jace Law

Bantamweight:
Effendy B Kalai VS Tee Jac Yoe

Bulu:
Hafizul Hakim VS Muhammad Aiman

Welterweight:
Gino Tan VS Melvin Kho


Daripada tujuh juara bertahan Musim 2, tiga akan mempertahankan gelaran mereka. Darren Low, Seah Zhang Yu dan anggota polis Muhammad Hasrul telah menetapkan standard yang tinggi untuk mengikuti apabila mereka telah dinobatkan gelaran Juara MIMMA pada bulan Oktober 2014, yang diperolehi kemudian sebagai yang terbaik pejuang semua-Malaysia di bahagian badan masing-masing. Juara bertahan lain telah dikosongkan tempat mereka dalam MIMMA untuk kerjaya profesional MMA, sekali gus memenuhi matlamat utama platform pembangunan bakat MIMMA ini.

Dua bahagian baru ditambah dalam MIMMA Musim 3 adalah Bahagian Wanita dan juga bahagian Pride Luar Negeri. Buat pertama kali dalam sejarah MIMMA, ada satu bahagian khusus untuk MMA wanita (WMMA) bagi pahlawan wanita muda Malaysia. MIMMA juga telah menyedari banyak bakat dalam bakat asing yang berpangkalan di seluruh Malaysia dengan itu Pride Luar diwujudkan bagi membolehkan bakat lapar untuk menjadi sebahagian daripada memecah rekod ini acara sukan pertempuran.

Malaysia Invasion MMA Musim 3 Grand Final akan diadakan semasa Minggu Sukan Negara di Stadium Putra Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober 2015. Terdapat juga ONE X MIMMA MULTIPASS didapati dengan peminat yang mahu menangkap kedua-dua MIMMA dan SATU FC dengan tindakan diisi hujung minggu MMA. MIMMA3 Grand Final tiket boleh didapati di AirAsia RedTix bermula dari RM40.00 manakala MULTIPASS bermula pada RM77.20. Buat pertama kali dalam sejarah MIMMA 3 Grand Final akan ditayangkan secara langsung di rangkaian percuma; RTM 1 (Astro Ch101). Ia juga akan disiarkan secara langsung di www.malaysianinvasion.com.









0 comments: