Artis Malaysia Kurang Kemenangan Di APM 2014 | Dunia Penuh Gosip

Artis Malaysia Kurang Kemenangan Di APM 2014

Tahniah kepada semua barisan pemenang di malam Anugerah Planet Muzik 2014 yang telah berlangsung di Suntec Singapura pada 17 Oktober 2014. Dato Siti Nurhaliza berjaya menambah bilangan trofi di APM apabila di nobatkan sebagai pemenang bagi 2 kategori iaitu Artis Terbaik APM (Wanita) dan Lagu Terbaik Malaysia melalui lagu Lebih Indah.


Namun Hafiz tidak mampu mempertahankan kemenangan yg pernah di menangi tahun lalu hanya berjaya membawa pulang trofi berkongsi kemenangan bersama Dato Rossa melalui ketegori Duo/Kumpulan Terbaik menerusi lagu Salahkah. Mengejutkan kemenangan Fynn Jamal dalam ketegori Artis Baru Terbaik (Wanita) yg tidak di sangka2 tahniah buat Fynn Jamal.

Namun masih kurang penyanyi Malaysia dalam kemenangan Anugerah Planet Muzik 2014 ni begitu jelas ketara. Adakah ini tanda bahawa kita kurang mengeluarkan hasil muzik yang berkualiti atau mungkin artis kita tidak setaraf artis serantau ini. Namun apa pun tahniah buat pemengan dan di sini senarai penuh pemenang mengikut kategori masing.

Senarai pemenang APM 2014
  1. Artis Baru Lelaki Terbaik – Tulus
  2. Artis Baru Wanita Terbaik – Fynn Jamal
  3. Artis Paling Popular APM – Kumpulan Noah
  4. Nova Media Social - Khareez Kasbulah
  5. Ikon Media Social - Taufik Batisah
  6. Artis Paling Popular Singapura - Taufik Batisah
  7. Lagu Paling Popular Singapura -  Ikrar Kasih (Taufik Batisah)
  8. Lagu Paling Popular APM – Dia Dia Dia (Fatin Shidqa Lubis)
  9. Duo Kumpulan Terbaik – Hafiz Suip & Rossa (Salahkah)
  10. Band Terbaik – Noah
  11. Kolaborasi Terbaik Artis – Altimet & Awirafael (Kalau Aku Kaya)
  12. Kolaborasi Lagu Terbaik – Mimpi (Aisyah Aziz/ Faizal Tahir/ Omar K)
  13. Artis Lelaki Terbaik – Judika (Mama Papa Larang)
  14. Artis Wanita Terbaik – Siti Nurhaliza (Lebih Indah)
  15. Lagu Terbaik Singapura – Tiada Pengganti (Sufie Rashid/ Izwan Khuzir & Rusdi Badri/ Shafiq Iskandar & Sufie Rashid)
  16. Lagu Terbaik Malaysia – Lebih Indah (Siti Nurhaliza / Aubrey Suwito/ Ad Samad)
  17. Lagu Terbaik Indonesia – Setelah Kau Tiada (Cakra Khan/ Aldi Nada Permana)
  18. Lagu Terbaik APM – Setelah Kau Tiada (Cakra Khan)
  19. Anugerah Khas Planet APM – kumpulan Wings




1 ulasan:

  1. Kenyataan "Adakah ini tanda bahawa kita (Malaysia) kurang mengeluarkan hasil muzik yang berkualiti atau mungkin artis kita tidak setaraf artis serantau ini."

    Jawapannya adalah: YA.

    daripada: ahli muzik/composer/penulis lirik dari Malaysia.

    BalasPadam