Drummer Kecil Juara Ceria All Stars Bawa Pulang RM15,000 Tunai | Dunia Penuh Gosip

Drummer Kecil Juara Ceria All Stars Bawa Pulang RM15,000 Tunai

Siapa sangka bermaian drum sejak usianya 8 tahun hasil dari didikan dan tunjuk ajak bapa beliau. Kini kanak2 Amirah Syahirah mampu bangga dan tersenyum lebar selepas di umumkan juara program realiti Ceria All Stars yang ditayangkan secara langsung di Astro Ceria baru2 ini.


Amirah berjaya menewaskan 5 lagi peserta yang bersaing pada konsert akhir di Astro Bukit Jalil. Racangan yang diacarakan oleh Jihan Muse dan Adik Mia Sara menampilkan peserta yang berbakat dalam apa sahaja bidang. Program julung kali di adakan ini bagi memberi peluang kanak2 untuk menunjukan bakat semulajadi yang tiada diluar sana.

Tempat kedua pula di menangi oleh Mohamad Iqmal Fikry, 15, yang membawa pulang wang tunai RM10,000. Di samping itu, Fikry juga berjaya memenangi Anugerah Khas Caliph Kids Expert bernilai RM3,000. Manakala tempat ketiga dimenangi Born To Beat (BTB) yang mempertaruhkan tarian moden. 

Juri pada malam akhir Ceria All Stars adalah Nora Danish dan Nabil Ahmad serta juri khas jemputan Dato Siti Nurhaliza. Astro akan meneruskan program sebegini untuk lebih membuka ruang kreatif dan berdaya saing bagi kanak2 yang berpotensi untuk dimajukan dalam bidang yang diceburinya.






0 comments: