Qu Puteh Haram Di Malaysia Riaksi Pantas Datuk Seri Vida Mengejutkan | Dunia Penuh Gosip

Qu Puteh Haram Di Malaysia Riaksi Pantas Datuk Seri Vida Mengejutkan

Berikutan dengan berita dan pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang penarikan produk keluaran Vida Beuty Sdn Bhd. berkuat kuasa serta merta. Produk yang di uji mengandungi merkuri yang berlebihan dan tidak sesuai untuk kesihatan dan keselamatan penggunanya telah diarah di tarik balik. Produk tersebut adalah Qu Puteh Whitening Pro 9 yang juga antara produk milik Datuk Seri Vida ini.


Ia adalah lanjutan daripada pengharaman jualan produk ini dipasaran Brunei selepas hasil ujian menunjukan 3 produk miliknya mengandungi bahan terlarang. Produk yang diharamkan jualan di Brunei adalah kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan produk kosmetik Whitening UV Block Qu Puteh, dan produk ketiga yang dinamakan Chantique Beauty Slimming Herbal. Kenapa Malaysia tidak mengharamkan 2 lagi produk ini?


Namun riaksi pantas Datuk Seri Vida dalam satu sidang media disiarkan Astro Awani di laman sesawangnya seperti menyalahkan orang lain. Dalam kenyataan Datuk pada sidang media itu menyatakan ada pihak yang iri hati atas kejayaan yang telah beliau kecapi sehingga saat ini. Ia seperti tidak boleh menerima kenyataan tentang pengharam produknya.

Jangan macam tu Datuk sebagai seorang yang profesional dan juga seorang yang dah banyak pengalaman dalam dunia perniagaan kosmetik ini sepatutnya melihat perkara ini pada diri sendiri dulu. Jangan cepat menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri. Mungkin betul apa yang pernah di katakan orang bahawa kita kalau terlalu menunjuk kekayaan tuhan boleh tarik dalam sekelip mata sahaja. 

Apa pun kita harap Datuk Seri Vida terus tabah dalam semua dugaan ini dan terus maju dalam perniagaannya. Tapi yang agak pelik sebelum produk ini dipasarkan tiada ujian dilakukan ker sehinggakan negara jiran dah haramkan baru pihak berwajib tempatan nak buat ujian dan baru nak haramkan. Kalau nak tunggu orang luar haram baru nak check ia menunjukan seperti kerajaan kita tak proaktif dalam membuat ujian kesihatan produk sebelum ia diluluskan atau ada unsur2 lain dalam pengujian ini. Malas cakap tapi korang tahukan unsur apa itu fikir2 lah sendiri.








1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt. Sumbangan derma untuk asnaf fakir miskin. Para dermawan yang budiman. Anda boleh menderma ke akaun Maybank.
    Nama: Adila Bin Suboh
    Nombor akaun: 151089317354

    BalasPadam