Terserlah Kecantikan Jihan Muse Di Hari Perkahwinannya Pakai Mak Esah Ker.... | Dunia Penuh Gosip

Terserlah Kecantikan Jihan Muse Di Hari Perkahwinannya Pakai Mak Esah Ker....

Tahniah buat pelawak wanita yang satu2nya aktif dalam dunia komedi, lakonan dan juga pengacaraan di Malaysia. Sapa lagi Jihan Muse yang telah menamatkan zaman bujangnya minggu lepas bersama jejaka pilihan hati Ungku Hariz. Pandai Jihan menyorok kisah cinta mereka yang telah terjalan beberapa tahun daripada pihak media.


Walaupun pernah dijolok beberapa kali tapi Jihan pandai mengawal situasi. Mungkin kerana kesibukan beliau dalam dunia seni dan kejayaan beliau yang dapat dilihat hari demi hari. Makin banyak job Jihan dilihat lebih mengutamakan kecantikan boleh lihat perubahan Jihan daripada mula muncul dalam program Raja Lawak musin ke 3 sehingga sekarang telah berumah tangga.

Malah pada hari bertunang dan berinai kecantikan Jihan makin terserlah dan makin jelas dapat dilihat pada setiap sudut kamera yang diambil. Mengenakan pakaian tradisional Jihan jauh lebih cantik setelah membuka braces yang dikenakan sebelum ini. Juga setelah tampil menjadi duta beberapa produk kesihatan dan kecantikan Jihan makin berani bergaya dengan pelbagai pakaian yang cantik2.


Majlis resepsi meraikan pasangan pengantin ini diadakan di Laman Kayangan Shah Alam dan turut dihadiri lebih kurang 300 tetamu keluarga dan rakan terdekat. Malam tu Jihan menggayakan pakaian bertema hitam putih. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan di TTDI pada 27 Mac nanti. Selamat pengantin baru moga bahagia hingga ke Jannah buat kedua2 mempelai.






0 comments: