Akhirnya Peserta Clever Girl Tunjukan Kebijaksanaan Tahniah Juara Fatin Dari Kelantan | Dunia Penuh Gosip

Akhirnya Peserta Clever Girl Tunjukan Kebijaksanaan Tahniah Juara Fatin Dari Kelantan

Program yang pada mulanya mendapat cemuhan dan kutukan darpada netizen kerena peserta yang tidak dapat menjawab soalan mudah kini telah sampai kekemuncak. Bermula daripada 14 peserta yang mewakili 14 buah negara kini telah sampai keakhir dengan 4 peserta sahaja. Secara langsung telah di tayangkan di TV3 pada malam tadi.


4 peserta yang beraksi diakhir adalah Fatin dari Kelantan, Arina dari Selangor, Mary dari Pahang dan Jane dari Perak. Namun tuah berpihak kepada Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin muncul juara edisi pertama program berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) terbitan TV3, malam ini. 

Fatin yang mengenepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor; Mary Josephine Muhammad Houston (Pahang ) dan Lam Wai Chuin (Perak) membolot wang tunai RM100,000 beserta trofi. Arina yang diumumkan naib juara menerima wang tunai RM10,000. Hadiah disampaikan pengacara CGM Alif Satar. Program yang disiarkan sejak 13 Mac lalu selama 10 minggu diwakili 14 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah. 


Malah rancangan itu juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.








0 comments: