TV AlHijrah Perjelas Keistimewaan Sistem Kewangan Islam Dalam Ringgit 101 | Dunia Penuh Gosip

TV AlHijrah Perjelas Keistimewaan Sistem Kewangan Islam Dalam Ringgit 101

Debaran kian dirasa menjelang pembentangan bajet 2017 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 21 Oktober 2016 ini. Pastinya, tema mensejahtera kehidupan rakyat mampu diterjemah dengan baik dan dilaksanakan dalam menaiktaraf kehidupan rakyat Malaysia.


Tidak mahu ketinggalan, TV AlHijrah mengambil ruang dan peluang dalam menanti pembentangan bajet 2017 dengan menerbit dan menyiar sebuah rancangan bual bicara kewangan Bahasa Inggeris iaitu RINGGIT 101. Program ini mendapat tajaan Hong Leong Islamic Bank.

RINGGIT 101 akan disiarkan pada Khamis (20/10/2016) dan Jumaat (21/10/2016) jam 9 malam selama 30  minit yang penuh manfaat.


Program RINGGIT 101 yang diterbitkan oleh Syafinah Othman adalah sebuah perbincangan santai namun berinformasi mengenai analisis potensi dan peluang yang ditawarkan sistem kewangan Islam berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada.

Umum mengetahui, masyarakat dunia kini mula membuka mata dan mengakui akan keberkesanan sistem kewangan Islam di dalam mengatur kehidupan kewangan masyarakat perdagangan.

Hakikat bahawa ekonomi yang bertunjangkan Tauhid dan prinsip Syariah Islamiah kini diterima umum mempunyai kelebihan tersendiri dalam membuka mata dan minda masyarakat dunia.

Oleh itu, RINGGIT 101 menampilkan panel khas iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Prof. Madya Dr. Aznan Hasan bagi membincangkan dengan lebih mendalam kekuatan dan tunggak penggerak sistem kewangan Islam yang telah mula dibentuk secara berperingkat dari zaman Baginda Rasulullah SAW lagi.


RINGGIT 101 turut memilih Zoraya Vadillo, gadis kacukan Malaysia dan Sepanyol sebagai pengendali rancangan. Menerusi rancangan ini, penonton setia TV AlHijrah berpeluang untuk mengetahui secara mendalam segenap informasi yang diperlukan perihal kewangan Islam pada masa ini.


RINGGIT 101 juga dilihat mampu membuka mata umat Islam dalam mempertahankan sistem kewangan Islam yang benar-benar mapan ke arah merealisasikan ummah yang cemerlang daripada aspek sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan ekonominya. 

Secara khususnya, tajuk-tajuk yang akan dikupas oleh Zoraya dan panel jemputan adalah seperti Shariah Minds in Islamic Finance dan Muslim Characteristic Check List.


Jangan lupa untuk menyaksikan dua episod Ringgit 101 di TV AlHijrah. TV AlHijrah juga menyiarkan pembentangan bajet 2017 secara langsung pada Jumaat, 21/10/2016, tepat jam 3 petang.






0 comments: