Peminat Nobat Artis Melalui Anugerah Melodi 2016 | Dunia Penuh Gosip

Peminat Nobat Artis Melalui Anugerah Melodi 2016

Anugerah yang julung kalinya diadakan ini mengiktiraf artis dalam dunia hiburan ini melalui pilihan peminat mereka. Anugerah Melodi anjuran bersama TV3 dan disokong oleh TV9, portal video Tonton, Kool FM, HOT FM dan Studio 8 telah ditayangkan secara langsung pada 10 Disember 2016 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail PWTC Kuala Lumpur.


Kemenangan juga banyak yang telah diramalkan dan tahniah buat semua barisan pemenang pada malam tersebut. Barisan pemenang telah ditentukan melalui undian sepenuhnya penonton di www.anugerahmelodi.com.my. Di senaraikan semua pemenang mengikut 10 kategori yang dipertandingkan. 

Personaliti Filem Melodi - Zizan Razak
Personaliti Muzik Melodi - Ayda Jebat
Personaliti Drama Melodi - Fattah Amin
Personaliti Pengacaraan Melodi - Neelofa
Personaliti Komedi Melodi - Jep Sephatu
Personaliti Sukan Melodi - Dato' Lee Chong Wei
Personaliti Pasangan Sensasi Melodi - Akim & Stacy
Personaliti Media Sosial Melodi - Ayda Jebat
Personaliti Fesyen Melodi - Nazim Othman
Personaliti Sensasi Melodi 2016 - Ayda Jebat

Anugerah Khas
Personaliti Luar Negara Melodi 2016 - Afghan
Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh - Park Bo-Gum




0 comments: