ERA Digital Muzik Awards Anugerah Tiada Bajet Sedih

Semalam telah berlangsung secara dalam talian majlis anugerah yang menggunakan sosial media sebagai medium. ERA Digital Muzik Awards buat pertama kali disiar dalam Facebook live. Majlis anugerah yang diacarakan oleh Nabil Ahmad yang diadakan di MATIC KL.


Pada malam anugerah tersebut mempertengahkan bakat artis yang mencipta nama melalui sosial media. Begitu popular cepat dan mencipta sejarah dalam industri muzik di Malaysia. Nama seperti Lukman Podoski, Zukiee, Haqiem Rusli dan ramai lagi. 


Di malam anugerah tersebut telah menampilkan 6 anugerah dimana 4 anugerah 100% kemenangan ditentukan daripada undian secara dalam talian oleh peminat. Manakala 2 lagi daripada pilihan juri dan penaja. Pemenang setiap kategori menerima trofi anugerah ARE DMA


Menarik konsep awards melalui sosial media ni tapi teknik kamera kena betul juga jangan ambil ikut suka jer siap ada kepala orang lalu lagi macam mana. Pula tu kadang-kadang blurr tak fokus guna phone murah yer hehehe. Stage yang gelap kurang cahaya dan sound system yang entah hapa2 tak ada budget yer hehehe sian.

Saksikan senarai penuh pemenang pada malam tersebut di sini :

Penyanyi Kolaborasi Terbaik = Faizal Tahir
Lagu Nyanyian Semula Di Sosial Media Terbaik = Haqiem Rusli (Segalanya)
Lagu Paling Emo 2016 = Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 = Ayda Jebat
Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016  =  Syamel (Hidup Dalam Mati)
Penyanyi Harapan Baru Pilihan DiGi = Kumpulan Colour Of Voice 





0 comments: