Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee Bertema Cinta Di TV1 | Dunia Penuh Gosip

Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee Bertema Cinta Di TV1

Tahun ini kembali lagi satu anugerah tribute kepada lagenda agung dunia lakonan tanah air Tan Sri P.Ramlee. Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee akan berlangsung pada 4 Mac ini secara langsung 9.00 malam hanya di TV1. Memberi tema CINTA pasti akan menghangatkan malam anugerah dengan adegan kisah cinta agung dalam filem-filem Allahyarham sebelum ini.


Tribute P.Ramlee 2016 membariskan 15 pengarah dan 11 penulis skrip bersaing menghasilkan telefilem terbaik yang dibintangi oleh pelakon-pelakon yang berbakat dan terkenal. Kesemuanya telefilem yang dipertandingkan telah ditayangkan dibawah slot "Tribute P.Ramlee" bermuala 15 Oktober 2016 sehingga 4 Februari 2017 lalu di saluran TV1.

Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee diacarakan oleh pasangan Awal Ashaari & Scha Al Yahya. Tonton secara langsung 'live streaming' di MyKlik dan aplikasi RTM Mobile, juga Facebook TV1. Layari tribute.rtm.gov.my untuk maklumat lanjut.

Senarai 15 drama yang bertanding :
1) REDHAKU UNTUKMU
2) HEY MISSY
3) MALAM KU BERMIMPI
4) KEMBARA NAK DARA
5) SABOTAJ
6) KALAU JODOH TAK KE MANA
7) SRI BULAN
8) APEK DAN SITI
9) PELUANG KEDUA
10) AKU DAN DIA
11) PUTIH KEMBOJA
12) SEGALANYA DIA
13) TANYA SAMA POKOK
14) BIAR BIOLA BERBICARA
15) SALING


Senari 9 katgori Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee :
1) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
2) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
3) Senimatografi Terbaik
4) Skrip Terbaik
5) Pelakon Lelaki Terbaik
6) Pelakon Wanita Terbaik
7) Pengarah Terbaik
8) Telefilem Terbaik
9) Anugerah Khas Juri





0 comments: