Akademi Fantasia Megastar Projek 'Recyle' Artis Lama | Dunia Penuh Gosip

Akademi Fantasia Megastar Projek 'Recyle' Artis Lama

Tahun ni tiada lagi ujibakat AF seperti mana yang berlaku tahun sebelumnya. Tahun ini Astro kembali pula dengan plan lain iaitu recyle balik bintang-bintang yang telah mereka lahirkan daripada program realiti tersebut. 

Apa sudah jadi dengan industri kita nampak sangat bintang yang lahir daripada program realiti ini tidak dapat cari makan. Sampai habis dengan juara sekali pun kena recyle semula apa kejadahnya ini. 


Akedemi Fantasia telah bersiaran selama 13 musim dan seramai 179 orang alumni telah dikeluarkan. Tu belum lagi masuk yang masuk keluar pastu masuk balik dan yang datang hampir setiap tahun muka yang sama jer. 

Apa nak jadi dengan AF ni dah tak ada bajet sangat ker sampai nak recyle semua bintan mereka yang tak laku. Pulak tau paling sedih yang dah juara pun nak bersaing juga bagilah peluang pada yang tak merasa jadi juara untuk gengam kejuaran pula asyik korang jer.

Kalau korang keluar Akedemi Fantasia Megastar ni pun belum tentu korang boleh laku dan terjual. Industri sekarang tak perlu kepada bintang segera sebab sekarang dah banyak bintang sosial media. Macam mana korang nak bersaing dengan semua itu.

Senarai 24 orang pulak tu yang masuk dalam AF Megastar ramai bila nak habis. Good luck untuk semua peserta AF Megastar kali ini.

1. Rosma (AF1)
2. Zahid (AF2)
3. Bob (AF2)
4. Adam (AF2)
5. Anding (AF2)
6. Marsha Milan (AF3)
7. Amylea (AF3)
8. Idayu (AF3)
9. Faizal Ramly (AF4)
10. Mila Jirin (AF5)
11. Nubhan (AF6)
12. Aril Pilus (AF7)
13. Adira (AF8)
14. Shahir (AF8)
15. Amir Jahari (AF9)
16. Faizul Sany (AF 2013)
17. Indah Ruhaila (AF 2013)
18. Azhar (AF 2013)
19. Firman (AF 2014)
20. Ewal (AF 2014)
21. Syamel (AF 2015)
22. Sufi Rashid (AF 2015)
23. Amir (AF 2016)
24. Ara (AF 2016)




0 comments: