Hensem Dan Sado Sahaja Bukan Tiket Untuk Da'i Hakim Dinobatkan Sebagai Juara | Dunia Penuh Gosip

Hensem Dan Sado Sahaja Bukan Tiket Untuk Da'i Hakim Dinobatkan Sebagai Juara

Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga peserta peringkat akhit program dakwah di TV3 Da'i yang telah masuk musim ke 5 tahun ini. Tahniah sekali lagi kepada Da'i Hakim, Da'i Fahmi dan satu-satunya peserta wanita ke peringkat akhir iaitu Da'i Afiqah. Anda semua memang hebat dan hanya rezeki sahaja penentu pada malam akhir itu.


Akhir segala telah ditentukan tuhan juara milik Da'i Hakim yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai, trofi Da'i dan juga pakej umrah. Progrma ini telah berlangsung di Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, minggu lalu. Difahamkan, rancangan dakwah musim terbaru dalam misi mencari pendakwah pada peringkat akhir Ahad lalu, berjaya meraiah 3.6 juta penonton.

Manakala Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi yang telah merangkul tempat kedua dan ketiga. Selain itu, Da’i Aiman telah dipilih oleh penaja utama, Almas Beauty and Health sebagai Da’i Pilihan Almas.

Setiap peserta diberikan masa lima minit untuk dua tema persembahan iaitu Masyarakat Kini dan Bebas. Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan dua juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.







0 comments: